tg-me.com/diarycattleya/2596
Last Update:
7 of 365 .
pernah dalam kehidupan,
kau persoal kenapa pada Tuhan?
Kau minta pada Tuhan,
berikan yang terbaik dalam kehidupan,
kau minta kejayaan,
kau minta kekuatan,
kau minta keimanan,
bila Dia bagi sesuatu,
kau persoalkan .
sini, aku ceritakan,
semoga dapat jawapan,
atas setiap satu soalan .
Tuhan tu,
sentiasa bagi apa yang kau perlu,
dan bukan apa yang kau mahu,
jalan yang Dia bagi,
mungkin berbeza dari apa yang kau minta,
tapi hasil di hujung nanti,
kau sendiri yang akan berterima kasih pada Dia .
cuba percaya dengan setiap ketentuan,
ini semua kan takdir dari Tuhan,
mana mungkin Pencipta tidak tahu soal ciptaan,
mana mungkin Dia tidak tahu apa yang kita perlukan,
cerita kita,
Dia cipta .
Dia tahu segalanya,
setiap rahsia, setiap bicara,
Dia tahu setiap satunya .
Cuba berhenti menyoalkan,
dan percaya pada Tuhan,
Jalan cerita kamu dan aku,
indahnya tepat pada waktu .
percaya,
dan terus berjalan, ya ?
•thlvndr🎈
BY Cattleya’s Diary 🌸✨
Warning: Undefined variable $i in /var/www/tg-me/post.php on line 280
Share with your friend now:
tg-me.com/diarycattleya/2596