tg-me.com/Thetypewriterchannel/550
Last Update:
Kenapa Nabi Muhammad S.A.W. bin Abdullah bin Mutallib mengikut rekod tidak pernah melaungkan azan sehingga akhir hayat baginda S.A.W.?
Antara hikmah/sebab Nabi Muhammad S.A.W. tidak pernah melaungkan azan sehingga akhir hayat Baginda ialah:
1) Kerana sesungguhnya Nabi S.A.W. apabila melakukan sesuatu, Baginda akan beristiqamah melakukannya. Baginda sangat sibuk menguruskan urusan umat hingga tidak mempunyai waktu untuk beristiqamah melaungkan azan.
2) Sekiranya Baginda S.A.W. melaungkan azan yang di dalamnya terdapat kata perintah untuk menunaikan solat pada lafaz:
"حي على الصلاة"
Sedangkan solat itu mempunyai waktunya yang luas iaitu boleh ditunaikan sepanjang waktunya seperti solat Zohor yang boleh ditunaikan selagi belum masuk waktu Asar. Namun, apabila yang menyeru itu adalah Nabi S.A.W., maka adalah menjadi suatu kesalahan apabila menolak seruan atau perintah Nabi S.A.W.
3) Bahawa kesaksian Nabi SAW sebahagian adalah daripada azan, maka tidak harus untuk Baginda bersaksi ke atas diri Baginda sendiri.
4) Kasihnya Nabi S.A.W. pada umatnya pada waktu itu kerana jika Nabi S.A.W. yang panggil (azan) ada sahabah r.a yg tak dapat datang mungkin sebab tertidur atau apa saja ulama kata hukumnya kafir.
BY Typewriter
Warning: Undefined variable $i in /var/www/tg-me/post.php on line 283
Share with your friend now:
tg-me.com/Thetypewriterchannel/550