Telegram Group Search
keindahan itu bukanlah kerana pakaian yang menghiasi diri kita , tetapi sesungguhnya keindahan itu adalah yang terhias oleh ilmu dan akhlak yang mulia.

@sharedakwahhh
"Kalau tidak bisa bersaing dengan orang soleh dalam memperbanyak amal, maka bersainglah dengan para pendosa yang memperbaiki diri."

-Ustaz Adi Hidayat

@sharedakwahhh
Rasulullah ﷺ bersabda:

“Sesungguhnya amalan yang mula dihisab atas seseorang hamba pada hari kiamat adalah solat. Sekiranya baik solatnya maka baik segala amalannya, sekiranya buruk solatnya maka buruk segala amalannya.”

-Riwayat al-Thabrani

@sharedakwahhh
"Jika kamu ingin memperbaiki hatimu maka jagalah lidahmu. Semakin kamu berkata buruk, semakin buruk hatimu. Berkata baik membuatkan hatimu menjadi baik."

-Habib Ali Zaenal Abidin

@sharedakwahhh
❤️‍🩹
@sharedakwahhh
Susun urusan harian kita mengikut waktu solat, bukannya susun waktu solat mengikut urusan harian kita.

Bila kita dahulukan Allah SWT daripada urusan lain, insyaAllah urusan harian kita Allah permudahkan.

@sharedakwahhh
Salam Jumaat

Membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat akan memperoleh pengampunan dosa diantara dua Jumat.

Dalam riwayat lain dari Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah bersabda:

“Barang siapa membaca al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya cahaya akan meneranginya selama waktu antara Jumaat yang satu ke Jumaat berikutnya.”

(Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

Status hadis: Sahih

@sharedakwahhh
"Didiklah mata hati supaya jangan memandang hina pada orang lain walaupun dengan ahli maksiat."

-Habib Umar bin Hafidz

@sharedakwahhh
Tiga Puncak Halawatul Iman

Daripada Anas bin Malik RA meriwayatkan bahawa Rasulullah ﷺ bersabda:

“Tiga perkara di mana sesiapa mempunyainya, maka dia akan merasai kemanisan iman:

1. Seseorang yang menjadikan Allah dan Rasul-Nya sebagai yang paling dicintainya,

2. Tidak mencintai seseorang melainkan keranaNya

3. Dan membenci untuk kembali kekufuran sepertimana dia tidak suka untuk dicampakkan ke dalam neraka.”

[Riwayat Bukhari dan Muslim]

@sharedakwahhh
“Ya Allah,

ringankanlah langkah mereka yang banyak menanggung beban keluarganya. Kuatkan jiwanya, kurniakan kebahagiaan dan keberkahan pada rezekinya.

Semoga lelah letih dari titisan keringat yang jatuh hasil dari mencari rezeki halal, bernilai pahala di sisi-Nya, aamiin 🤍

@sharedakwahhh
Salam Jumaat 🤍

Membaca surah Al Kahfi pada hari Jumaat akan memperoleh pengampunan dosa diantara dua Jumat.

Dalam satu riwayat daripada Abu Sa’id al-Khudri radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah bersabda:

“Barang siapa membaca al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya cahaya akan meneranginya selama waktu antara Jumaat yang satu ke Jumaat berikutnya.”

(Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)

Status hadis: Sahih

@sharedakwahhh
"Ketika syaitan tidak mampu membuatmu membuka aurat, maka syaitan akan membuatmu bertabarruj dalam pakaian syari' mu "

Mohonlah kepada Allah agar dipelihara hati kita dari keinginan berlebihan dalam mempamerkan kecantikan walaupun dalam keadaan bertutup sempurna 🤍

@sharedakwahhh
Jangan pergi terlalu jauh, takut tak jumpa jalan kembali.
Jangan tangguh terlalu lama, takut tak bangkit kembali.

Masih ada waktu, guna lah sujudmu sebaik mungkin.

@sharedakwahhh
Salam Jumaat 🤍

Terdapat pintu syurga yang hanya akan dapat dimasuki oleh orang yang bersedekah.

Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

ومن كان من أهل الصدقة دُعي من باب الصدقة

Yang bermaksud: “Jika dari golongan yang gemar bersedekah akan dipanggil dari pintu sedekah.” (Riwayat al-Bukhari)

@sharedakwahhh
Al-Quran adalah surat cinta daripada Allah , ketika kamu mendengarnya hatimu menjadi tenang dan ketika kamu membacanya hatimu menjadi tenteram dan redha

@sharedakwahhh
“Kadang-kadang manusia hanya fokus pada keperluannya, tapi tidak pada hak Pemberi Permintaannya. Sehingga manusia ego, hanya melihat apa yang dipentingkan dirinya.”

-Habib Ali Zaenal Abidin

@sharedakwahhh
Sebaik-baik pengharapan adalah pengharapan kepada Allah 🤍

@sharedakwahhh
Jangan sia-siakan malam mu dengan tidur, bangunlah sebentar dan solatlah tahajud.

Berdoalah dan memohon ampunlah sepuasnya dihadapan-Nya, sungguh Allah muliakan sesiapa yang bangun tahajud.🤍

@sharedakwahhh
2024/09/12 14:22:36
Back to Top
HTML Embed Code: