Telegram Group Search
Buat julung kalinya Kiswah Kaabah ditukar pada Awal Muharram tahun 1446 Hijrah.

Detail Kiswah:
1 tan sutera diwarna hitam,
120kg benang emas,
100kg benang perak,
Jumlah berat: 1350 KG (1.35 tan)
159 petugas pemasangan.

Biasanya sebelum ini khadim Haramain menukar kiswah pada hari Tarwiyyah. Siapa pernah tengok proses penukaran kiswah depan mata?
Waktu hujan adalah waktu mustajab doa. Jika ada hajat, berdoalah ketika hujan. Kata Nabi ﷺ :

‎ثنتان ما تردان: الدعاء عند النداء، وتحت المطر
‎Dua doa tidak akan ditolak: Doa ketika azan atau selepas azan dan doa ketika hujan.” [Riwayat al-Hakim no. 2534)]
Cubaan pertama, sebarang komentar dan idea dipersilakan 🫡
https://www.instagram.com/reel/C94lyMaygTs/?igsh=MWV0c2RrMWtmbDc3eA==
Forwarded from Ad-Dien Abdul Kadir
‏قبل أن تحكم على الناس، تأكد من أنك قد بلغت الكمال

Sebelum kamu menghukum manusia, pastikan kamu telah mencapai kesempurnaan.
Forwarded from Ad-Dien Abdul Kadir
Setiap insan perlu terima hakikat yang mana sebahagian orang tidak sesuai dalam hidupnya walaupun dia sangat menginginkan mereka.

‏يجب أن يتقبل الإنسان حقيقة أن بعض الأشخاص لا يلائمون حياته مهما كان يريدهم
Sosial media betul-betul buat kita berani bercakap tentang orang lain dengan yakin padahal kita langsung tak tahu apa yang telah dia lalui, beban yang dia tanggung, atau hidup yang telah dia jalani. Kenal pun tak.

Mindful speech is a rare and priceless virtue in today's world.
Ada dakwaan mengatakan isteri Nabi, Khadijah berasal dari alam Melayu. Dikatakan ada dalam catatan klasik (yang tidak disebutkan kitab apa secara jelas).

Selain dakwaan nasab Khadijah datang dari alam Melayu juga sangat berat kesalahannya, begitu juga dengan dakwaan ulama Arab tidak menulis tentang nasab Khadijah secara detail juga satu dakwaan yang berat dan salah total. Ulama Arab bahkan suku Quraish adalah golongan yang paling ketat merekodkan dan menjaga nasab mereka.

Dalam kelas sirah siri ke 17 beberapa bulan lalu, kami telah membahaskan dengan terperinci tentang nasab keturunan Khadijah binti Khuwailid. Rumusannya, beliau memang Arab Quraish tulen, baik dari nasab ayah mahupun juga ibunya.

Ibu Khadijah yang bernama Fatimah binti Zaidah, keturunannya bersambung dengan moyang Nabi yang bernama Luay bin Ghalib bin Fihr. Fatimah dari keturunan Amir bin Luay, sedangkan Nabi dari keturunan Ka’ab bin Luay bin Ghalib bin Fihr.

Pihak yang mendakwa telah mengkaji genealogy (ilmu nasab) perlu mendatangkan bukti dan rujukan yang tepat apabila bercakap tentang nasab Arab. Dalam kajian sirah, kitab-kitab ansab seperti Jambarah al-Nasab karya Imam al-Kalbi (w. 204H), Nasb Quraish karya Imam Mus’ab al-Zubairi (w. 236H), Ansab al-Ashraf karya Imam Al-Balazuri (w.279H) etc antara rujukan primer dalam mengkaji genealogy Arab.

Mereka inilah imam yang menjadi rujukan utama ahli sirah zaman berzaman dalam bab menyemak nasab keturunan Arab. Jangan sekadar claim ada dalam catatan klasik tanpa menyebutkan dengan jelas dan penuh bertanggungjawab apa sumber rujukan kita.

Bertakwalah kepada Allah dan amanahlah dengan ilmu.

Addien Abdul Kadir,
Pengkaji & Pencinta Ilmu Sirah.
#simplysirah #sekolahsirah #syoksirah #ahlisirahwaljamaah #sembangsirah #tadabbursirah
Malam ni kelas Akhlak siri ke 29. Kita akan belajar tentang kenapa orang yang makin baik dan dekat dengan Allah, makin tinggi ujiannya.

Saya nak bagi free access kelas Akhlak malam ini jam 9.30 malam. Siapa nak join?

Kelas mula jam 9.30 malam hingga 12 malam. Siapa yang berminat untuk dengar live boleh klik link dibawah.

Sesi malam ini saya bagi akses percuma kepada yang tak pernah tengok perbahasan kelas kami. Jika nanti rasa berminat, boleh tekan link di profile IG atau di pin tweet. Barakallahufikum.

meet.google.com/zrg-bzrm-rmj
Nota ringkas kelas malam ini. Terima kasih semua yang join free access malam ini. Kredit to teacher Farha Wahidah. Semoga bermanfaat!
2024/09/12 00:05:07
Back to Top
HTML Embed Code: