tg-me.com/diaryoftheheartssyhaza/6733
Last Update:
Jangan bersedih dengan umpatan orang terhadap dirimu.
Jangan bersedih dengan hasil yang diperoleh dengan usahamu.
Jangan bersedih apabila engkau dianggap lemah dengan kemampuanmu.
Jangan bersedih apabila engkau sering tersungkur dan menitiskan air mata dengan ujian yang Allah hadirkan.
Kenapa?
Bersedih tidak akan hilangkan sakit hatimu.
Bersedih tidak membuatkan orang hormat terhadapmu.
Bersedih tidak akan menghilangkan ujian yang Allah hadirkan.
Sahabat yang k.tikah sayangi; bangkit, sapulah air mata kesedihanmu. Yakinlah Allah memilihmu kerana menyayangimu. Dia tidak akan menguji jika kamu tidak mampu. Yakinlah Setelah gelap pasti ada terang yang akan menjelang.
*Hidup ini terus berputar. Tiada masa untuk berlengah. Tiada masa untuk berpatah balik. Salutkan hati kita yang rapuh dengan DOA kerana DOA TERSIMPAN SATU KEKUATAN. KEKUATAN DARIPADA YANG EMPUNYA SEGALANYA*
☺️❤️
-siput pink-
BY Nukilan ssyhaza
Warning: Undefined variable $i in /var/www/tg-me/post.php on line 283
Share with your friend now:
tg-me.com/diaryoftheheartssyhaza/6733