Telegram Group Search
Ketika berlaku konflik antara kerajaan Israel dan para menteri mereka mengenai pembebasan pengarah Hospital Al-Shifa, laporan daripada media Israel menyatakan bahawa Shin Bet mengeluarkan amaran kepada kerajaan Israel mengenai situasi kesesakan yang teruk di dalam penjara.

Para menteri yang meminta penahanan secara harian puluhan rakyat Palestin dilaporkan telah mendorong agensi tersebut untuk menasihati pemimpin politik agar mengurangkan operasi penahanan bagi mengurangkan kesesakan di dalam sel.

Jumlah tahana yang dilaporkan oleh agensi tersebut melebihi bilangan rasmi rakyat Palestin yang ditahan di penjara Israel. Terdapat kemungkinan bahawa ribuan penduduk Palestin dari semenanjung Gaza telah diculik tanpa dilaporkan kepada mahkamah atau pihak berkuasa Palestin.

Sumber: Quds News Network
🆕 [TONTON VIDEO] BAITUL MAQDIS DAN BULATAN BARAKAH

Baitul Maqdis dan perkataan 'barakah' saling terkait rapat, malah telah disebutkan di dalam al-Quran. Tidak hairan juga jika Palestin digelar sebagai Tanah Barakah.

Tetapi, apakah yang dimaksudkan Baitul Maqdis dan Bulatan Barakah?

Jom dengar penjelasan daripada salah seorang tim advokasi di Cinta Gaza Malaysia!

Youtube: https://youtu.be/iUwB9Of126Q

Baca juga artikel penuh di sini: https://malay.palmstrategic.org/post/2626/Baitul-Maqdis-dan-Bulatan-Barakah .

#weareCGM
#heroes4hope
Menteri Luar Israel, Israel Katz menggesa campur tangan 25 negara sekutu dalam usaha membatalkan waran tangkap oleh Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) ke atas Perdana Menteri, Benjamin Netanyahu dan Menteri Pertahanan, Yoav Gallant.

Sebelum ini pendakwa raya ICC, Karim Khan membuat permohonan waran tangkap ke atas Netanyahu dan Gallant dengan pertuduhan jenayah perang di Gaza.

Sumber: MEMO
PBB mengesahkan seramai 1.9 juta orang penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal selepas rejim Israel mengeluarkan arahan pindah dalam kadar segera.

Sebelum ini PBB menjangkakan hanya 250,000 penduduk di selatan bandar Khan Younis yang terkesan dengan arahan pindah rejim Israel itu.

Sumber: AlJazeera
Pengistilahan yang betul dalam isu Palestin merupakan tonggak kepada pemahaman naratif yang benar.

Perkenalkan Penterjemah Arab-Melayu CGM, Lia Maryam yang akan mengisi slot Pengistilahan Baitul Maqdis mengikut Nabawiyah di dalam program Training of Volunteer (2024).

Inilah masanya untuk anda mencungkil potensi diri untuk menjadi sukarelawan dan aktivis Palestin!

TRAINING OF VOLUNTEER SIRI-3
Tarikh: 11 Ogos - 17 Ogos 2024
Tempat: Kem Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat, Selangor


Yuran pendaftaran?
Hanya RM300 RM180 untuk 30 peserta terawal!
Harga runtuh untuk yang daftar secara berkumpulan (3 orang): RM150/seorang.

☑️ Penginapan disediakan
☑️ Makanan disediakan
☑️ Sijil fizikal

Terbuka kepada golongan belia yang berusia 18 - 30 tahun.

Cepat dapatkan tempat anda di dalam program terhad ini!
Klik sini untuk daftar: https://bit.ly/tovearlybird

Sebarang pertanyaan, klik https://bit.ly/naktanyaTOV
Jumpa anda di sana!

#trainingofvolunteer
#TOVCGM
#heroes4hope
#weareCGM
“Tiada daerah di rantau kami, termasuk Turki boleh aman selagi pencerobohan Israel tidak dihentikan,” kata Erdogan selepas mesyuarat kabinet semalam di Ankara.

Erdogan juga menyatakan bahawa retorik Israel, serta serangannya ke atas Lubnan amat membimbangkan terhadap masa depan rantau ini.

Beliau juga mengulas mengenai dasar luar Turki dengan berkata, “Kami tidak teragak-agak untuk bertemu dengan sesiapa yang diperlukan.”

Sumber: AlJazeera
ARAHAN PINDAH TERBESAR SEJAK OKTOBER 2023

Dalam perkembangan situasi di sempadan Gaza, arahan pindah yang dikeluarkan rejim Israel baru-baru ini menyaksikan pemindahan terbesar dalam sejarah Taufan al-Aqsa.

Arahan pindah itu berkuatkuasa segera di dua kawasan di selatan Gaza iaitu Rafah dan Khan Younis, menjadikan sepertiga penduduk Palestin wilayah itu terkesan.

Menurut data daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), seramai 1.9 juta penduduk kehilangan tempat tinggal selepas dihalau rejim Israel pada awal minggu ini.

Sebelum ini, PBB meramalkan hanya sekitar 250,000 penduduk sahaja yang akan terkesan. Bagaimanapun, angka yang jauh lebih tinggi itu nyata mencatatkan sejarah hitam Palestin pada era kini.

Situasi terkini meletakkan penduduk Palestin dalam keadaan serba tidak kena, sama ada untuk berpindah lagi ke tempat yang mustahil lengkap dengan ruang dan perkhidmatan; atau kekal di tempat semasa yang bakal menyaksikan pembantaian besar rejim Israel di kedua-dua kawasan tersebut.

Semalam, media melaporkan Hospital Eropah sudah dikosongkan dengan hanya tiga orang pesakit sahaja yang masih berada di dalam bangunan itu. Pada masa yang sama, seramai 270 orang pesakit yang lain, termasuk doktor dan staf hospital telah berpindah ke Kompleks Perubatan Nasser ekoran kebimbangan terhadap serangan rejim Israel walaupun tiada arahan pengosongan tempat ke atas Hospital Eropah. Insiden itu menyaksikan salah seorang pesakit terpaksa ditolak bersama katilnya sejauh 11km ke Pusat Perubatan Nasser.

Sumber: Al Jazeera, Anadolu Ajansi, Quds News Network
Please open Telegram to view this post
VIEW IN TELEGRAM
Mungkin, andalah sukarelawan yang kami cari!

CINTA GAZA MALAYSIA BOLEH LATIH ANDA!

Dalam program kali ini, kami mahu mengajak golongan belia dan pelajar IPT untuk mencungkil potensi menjadi sukarelawan, aktivis dan ikon CGM!

Inilah masanya!

TRAINING OF VOLUNTEER SIRI-3
Tarikh: 11 Ogos - 17 Ogos 2024
Tempat: Kem Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat, Selangor


Yuran pendaftaran?
Hanya RM180/pax untuk 30 peserta terawal!
Harga runtuh untuk yang daftar secara berkumpulan (min: 3 pax): RM150/pax.

☑️ Penginapan disediakan
☑️ Makanan disediakan
☑️ Sijil fizikal

Terbuka kepada golongan belia yang berusia 18 - 30 tahun.

Cepat dapatkan tempat anda di dalam program terhad ini!
Klik sini untuk daftar: https://bit.ly/tovearlybird

Sebarang pertanyaan, klik https://bit.ly/naktanyaTOV
Jumpa anda di sana!

#trainingofvolunteer
#TOVCGM
#heroes4hope
#weareCGM
🛑 TERKINI | Perkarangan Hospital Nasser di Khan Younis telah dibom sebentar tadi.

Semalam, dilaporkan lebih 200 pesakit, termasuk staf dan doktor dari Hospital Eropah berpindah ke hospital ini.

Berita lanjut akan menyusul.

Sumber: Quds News Network
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
🛑 TERKINI | Detik cemas di Gaza apabila pesawat Israel mengebom sebuah sekolah berhadapan dengan Hospital Nasser di Khan Yunis.

Sekolah itu menempatkan sejumlah penduduk Palestin yang kehilangan tempat tinggal.

Sumber: Quds News Network
Gaza semakin parah, kanak-kanak cedera tidak dapat dirawat kerana tiada ubat-ubatan. Luka kecil menjadi jangkitan besar, dan sakit yang biasa jika tidak dirawat akan membawa maut.

Setiap sumbangan dapat menyediakan ubat-ubatan dan alat perubatan untuk selamatkan nyawa mereka. Jangan biarkan mereka mati tanpa bantuan. Hulurkan tangan anda dan bantu mereka untuk terus hidup.

Cinta Gaza Malaysia tekad untuk laksanakan program Bantuan Kesihatan untuk salurkan sumbangan kalian ke Bumi Gaza. Setiap detik tanpa ubat membawa mereka lebih dekat kepada kematian. Tanpa bantuan kalian, harapan untuk hidup menjadi pudar.

Teruskan menyumbang untuk mereka! Kalian boleh menyumbang ke https://emergency4gaza.com/bantupalestin atau sumbang ke akaun rasmi Maybank Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826. Ruj: Bantuan Perubatan.    
    
#Heroes4Hope #IsraelCuak
#Health4Gaza
#Heroes4Hope
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Jelas ke tak jelas penerangan admin Training of Volunteer (TOV?)

Sedia untuk sertai ke program latihan kesukarelawanan oleh Cinta Gaza Malaysia?

Jom!

TRAINING OF VOLUNTEER SIRI-3
Tarikh: 11 Ogos - 17 Ogos 2024
Tempat: Kem Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat, Selangor


Yuran pendaftaran?
Hanya RM180 untuk 30 peserta terawal!
Harga runtuh untuk yang daftar secara berkumpulan (3 orang): RM150/seorang.

Penginapan disediakan
Makanan disediakan
Sijil fizikal

Terbuka kepada golongan belia yang berusia 18 - 30 tahun.

Cepat dapatkan tempat anda di dalam program terhad ini!
Klik sini untuk daftar: https://bit.ly/tovearlybird

Sebarang pertanyaan, klik https://bit.ly/naktanyaTOV
Jumpa anda di sana!

#trainingofvolunteer
#TOVCGM
#heroes4hope
#weareCGM
Agensi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) melaporkan hampir 250,000 rakyat Palestin berkeliaran di jalanan sepanjang minggu lepas tanpa sebarang tujuan, makanan atau minuman. Situasi berlaku selepas perintah untuk mengosongkan Khan Younis dikeluarkan pihak Zionis.

Sumber: Quds News Network
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Tentera Israel merobohkan beberapa kediaman penduduk Palestin di kampung Bayrin, timur al-Khalil (Hebron) yang dijajah.

Sumber: Quds News Network
🇵🇸Kementerian Kesihatan Palestin - Gaza🇵🇸

TERKINI

▪️ Kementerian Kesihatan memberi amaran bahawa dalam beberapa jam sahaja lagi penjana elektrik di Kompleks Perubatan Nasser (satu-satunya hospital utama yang masih berfungsi dan memberikan perkhidmatan kepada pesakit selepas Hospital Eropah Gaza berhenti beroperasi di wilayah Khan Younis dan Rafah) akan berhenti beroperasi akibat kekurangan bahan api untuk meneruskan perkhidmatan.

▪️Ketika ini, beberapa jabatan di Kompleks Perubatan Nasser telah berhenti operasi.

▪️Kami merayu kepada semua institusi yang berkenaan termasuk institusi antarabangsa dan kemanusiaan segera campur tangan bagi menyediakan bahan api yang diperlukan untuk mengendalikan penjana tersebut.

4 Julai 2024
Terkini dan Sensasi Palestin
🇵🇸Kementerian Kesihatan Palestin - Gaza🇵🇸 TERKINI ▪️ Kementerian Kesihatan memberi amaran bahawa dalam beberapa jam sahaja lagi penjana elektrik di Kompleks Perubatan Nasser (satu-satunya hospital utama yang masih berfungsi dan memberikan perkhidmatan kepada…
Semakin hari sektor kesihatan di semenanjung Gaza semakin kritikal. Serangan yang berterusan daripada pihak musuh mengakibatkan institusi kesihatan di sana tidak dapat meneruskan perkhidmatan.

Teruskan menyumbang untuk mereka! Kalian boleh menyumbang ke https://emergency4gaza.com/bantupalestin atau sumbang ke akaun rasmi Maybank Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826. Ruj: Bantuan Perubatan.
Mungkin, andalah sukarelawan yang kami cari!

CINTA GAZA MALAYSIA BOLEH LATIH ANDA!

Dalam program kali ini, kami mahu mengajak golongan belia dan pelajar IPT untuk mencungkil potensi menjadi sukarelawan, aktivis dan ikon CGM!

Inilah masanya!

TRAINING OF VOLUNTEER SIRI-3
Tarikh: 11 Ogos - 17 Ogos 2024
Tempat: Kem Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat, Selangor


Yuran pendaftaran?
Hanya RM180/pax untuk 30 peserta terawal!
Harga runtuh untuk yang daftar secara berkumpulan (min: 3 pax): RM150/pax.

☑️ Penginapan disediakan
☑️ Makanan disediakan
☑️ Sijil fizikal

Terbuka kepada golongan belia yang berusia 18 - 30 tahun.

Cepat dapatkan tempat anda di dalam program terhad ini!
Klik sini untuk daftar: https://bit.ly/tovearlybird

Sebarang pertanyaan, klik https://bit.ly/naktanyaTOV
Jumpa anda di sana!

#trainingofvolunteer
#TOVCGM
#heroes4hope
#weareCGM
2024/07/04 10:58:32
Back to Top
HTML Embed Code: