Telegram Group Search
@sekadarmonolog

Percayalah,
Bisingku itu lebih baik dari diamku.

Bisingnya aku kerana aku sedang bahagia,
Dan diamnya aku kerana aku sedang terluka.
@sekadarmonolog

Maaf jika aku sering meminta ruangmu,
Maaf jika aku sering mengemis perhatianmu,
Maaf jika aku sering mengganggu waktumu,
Maaf jika aku mendesak sesuatu darimu,
Maaf jika aku selalu bergantung kepadamu.

Selain diri sendiri,
Aku hanya ada kamu.
@sekadarmonolog

Mungkin,
Bahagia untuk orang-orang yang pernah ditinggalkan,
Yang pernah dikhianati,
Yang pernah dilukai,
Sehingga hidup dalam trauma,
Akan datang kemudian atau nanti.

Mungkin,
Bahagia untuk orang-orang seperti kita,
Akan tiba lebih lewat,
Supaya kita boleh merawat luka trauma,
Sepenuhnya.
@sekadarmonolog

Dan pada akhirnya,
Satu-persatu hal akan selesai dan usai.
Dengan berlalunya masa,
Dengan sembuhnya luka,
Dengan pulihnya trauma.
@sekadarmonolog

Senja menyapa,
Memberitahu bahawa,
Yang indah tidak seharusnya hadir lebih awal.
@sekadarmonolog

Aku bersyukur,
Kisah pengakhiran kita hanya tersimpan dalam sebuah ingatan,
Dan bukannya dalam sebuah coretan.

Kerana aku pasti,
Jika ia berada dalam sebuah coretan,
Aku akan sentiasa menyelak halaman itu,
Selamanya.
@sekadarmonolog

Aku tidak pasti,
Jika kita bertemu pada waktu yang tepat atau tidak,
Namun kerana kita sudah berada disini,
Aku berharap kita berdua akan melakukan yang terbaik,
Bersama-sama.
@sekadarmonolog

“Jika kita mencintai langit,
Kita juga harus mencintai segala cuacanya—
Mendungnya,
Hujannya,
Petirnya,
Bukan hanya pelangi dan senjanya.”
@sekadarmonolog

Kamu telah mengajar aku bahawa,
Tak ada pasangan yang sempurna,
Tak ada hubungan yang sempurna,
Tetapi ia adalah saling melengkapi.
@sekadarmonolog

Jika satu hari nanti,
Takdir Tuhan akhirnya tidak menyatukan kita,
Takdir Tuhan akhirnya tidak menyebelahi perancangan kita,
Aku mahu kita tetap bersyukur,
Kerana kita pernah dipertemukan di perjalanan.
@sekadarmonolog

Di titik terendahku,
Aku tetap berusaha untuk terus mencintainya,
Hanya kerana aku tidak mahu kehilangannya.
@sekadarmonolog

Siapa kita untuk menghakimi seseorang atas dosanya?
Layakkah kita untuk menghukum seseorang atas kesilapannya?
Siapa kita untuk membenci seseorang atas kesalahannya?

Bersyukurlah,
Kerana dosa, silap, dan salah kita,
Tuhan masih menutupnya rapi.
@sekadarmonolog

Dan pada hari ini,
Kita tetap bangkit dan meneruskan perjalanan kehidupan,
Kerana secebis harapan yang masih dirasa.

Maka dengan itu,
Teruslah berharap setiap hari,
Sekurang-kurangnya kita sudah berusaha,
Untuk tidak gagal kerana putus asa.
@sekadarmonolog

“Atas keresahan yang belum menemukan hujung,
Ku biarkan Engkau yang selesaikan.”
@sekadarmonolog

Baru sahaja aku ingin menghembuskan nafas lega,
Baru sahaja aku ingin menarik nafas baru,
Baru sahaja aku ingin melapangkan dada,
Dan untuk kesekian kalinya,
Dada ini terasa sempit dan sesak kembali.

Benarlah,
Dunia ini bukan tempat untuk bersenang-lenang.
2024/07/04 15:27:03
Back to Top
HTML Embed Code: