Telegram Group Search
Buatlah baik banyak mana pun, orang akan pandang salah yang sikit. Kata Imam As-Sya'bi:

‎والله لو أصبت تسعا وتسعين مرة وأخطأت مرة لأعدوا على تلك الواحدة
‎Demi Allah, jika aku buat 99 kebaikan dan aku salah sekali, pasti orang pandang 1 kesalahan itu. [Siyar A'lam an-Nubala 4/308]

Kita semua pasti pernah alami dah rasai hal sebegini. Begitulah fitrah manusia, mudah nampak kesalahan orang lain dan susah nak kenang jasa orang lain.

Sebah itu hanya Allah sahajalah tempat kita berharap dan berserah diri. Allah sahaja yang mampu untuk balas setiap kebaikan yang kita buat dengan pahala berganda. Bila kita ada salah dan dosa, Allah jugalah yang mampu memaafkan semua itu dengan taubat dan istighfar kita.

Yang Maha Adil itu hanya Allah.
Nak rasa mind blowing tak?

Okay. Al-Quran ada 114 surah kan?

Cuba tolak dengan umur kalian sekarang (mengikut tahun) kemudian tambah dengan 10.

Dua nombor dibelakang itu adalah dua nombor terakhir tahun kelahiran kalian. 😉

Saya tahu ler ni magic 🪄 🤫
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Y’all right now 🤣😋
Memberi nama panggilan kepada barang yang penting dalam hidup kita termasuk kebiasaan Nabi Muhammad ﷺ. Kuda Nabi ada nama begitu juga unta Baginda. Bahkan baju besi, pedang, jubah, serban, selipar hinggalah ke bekas air Nabi pun ada nama.

‎Apa nama panggilan haiwan/barang anda?

Asyik Oyen je. Bagi la nama gempak sikit! 😌
Cantik rupanya view atasni. Boleh nampak sekeliling KL & Gombak. Tak terlalu susah, sekitar 15-20 minit sampai puncak. Jarak laluan hanya 1km, ketinggian bukit sekitar 62m. Sesuai untuk pemula.

📍Bukit Guling Ayam, Gombak, Selangor.
👀
Cari & datang booth Tadabbur + ya. Mana tahu ada saya kat situ 👀
[Kuiz Sirah]

Nabi Muhammad ada seorang anak bernama Fatimah. Berapa orang anak kandung Nabi bersama Khadijah?
Anonymous Quiz
26%
5
28%
6
42%
7
4%
9
Hmm… ramai jugak salah ya. Wajib masuk kelas sirah la gini 🙂↕️🙂↕️🙂↕️
Menurut Imam Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah, jika kita mahu berdoa tapi terlalu banyak hajat nak disebutkan, maka berdoalah agar Allah ampuni seluruh dosa kita selama ini. Jika dosa kita diampuni, Allah akan tunaikan seluruh hajat walaupun tanpa kita minta. [Minhaj al-Qasidin 1/343]
Esok bermula taman pencinta buku dan ilmu. 9 hari berlangsung. Ikuti IG story saya untuk update langsung dari Pesta Buku 2024.

https://www.instagram.com/Ad Dien Abdul Kadir/com.addien90
Cerita semalam. Pesta buku bermula! Jom meriahkan lagi. Kalau datang singgahlah booth kami, Tadabbur +, Aras 3 🤓
Motivasi untuk tetap datang pesta buku dan tetap membeli buku 🙂↕️🙂↕️🙂↕️ #pbakl2024
My #pbakl2024 book haul.

Semua kitab sirah sebagai rujukan tambahan untuk kelas sirah dan penulisan buku seterusnya. Tahun depan saya berniat untuk comeback dalam dunia buku dengan buku terbaru. Salah satunya tentang Sirah Nabi Muhammad ﷺ.

Selepas ini fokus saya tertumpu kepada ilmu sirah sahaja hingga akhir hayat insyaAllah. Doakan saya dan team berkembang maju dan dipermudahkan urusan kami ya!
2024/06/21 08:20:48
Back to Top
HTML Embed Code: