Telegram Group Search
๐Ÿ›‘TERKINI | Sumber akhbar: Setakat ini, 75 syuhada operasi pembunuhan beramai-ramai yang dilancarkan Zionis ke atas Al-Tabi'in dapat dikenal pasti.

Anggota paramedik mengira setiap 70 kilogram anggota badan bersamaan seorang syuhada kerana daging para syuhada hancur hingga menyukarkan proses pengecaman berjalan.

Sumber: Shehab Agency
Training of Volunteers Siri III
12 Ogos 2024
Kem Nur Lembah Pangsun

Sekarang sedang berlangsung bengkel Fundraising Strategy yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi CGM, Tuan Johan.

Terima kasih kepada semua peserta yang turut serta dalam program iniโœจ
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Kesan kemusnahan dan kerosakan yang dilakukan oleh tentera Zionis di pasar raya Sharon di bulatan utama bandar Jenin.

Sumber: Shehab Agency
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Training of Volunteers Siri III
12 Ogos 2024
Kem Nur Lembah Pangsun

Sesi yang sedang berlangsung, Penghasilan Kertas Kerja yang Berkesan yang disampaikan oleh Tuan Amirul Syafik.

Peserta ditugaskan untuk membuat kertas kerja program mengikut kempen semasa berdasarkan format yang telah diberikan. Kumpulan ini bercadang untuk membuat projek Post-Natal Therapist di kawasan luar bandar di Gua Musang.


#TrainingOfVolunteers
#TOVCGM
Abu Ubaidah: Dalam dua insiden berasingan, dua rekrut yang ditugaskan menjaga tahanan musuh menembak mati seorang tahanan Zionis serta mencederakan dua tahanan wanita dengan parah. Usaha sedang dijalankan untuk menyelamatkan nyawa mereka.

Kerajaan musuh bertanggungjawab sepenuhnya atas pembunuhan ini dan sebarang reaksi yang mempengaruhi nyawa tahanan Zionis. Satu jawatankuasa telah dibentuk untuk menyiasat butiran kejadian ini, dan pengumuman akan dibuat kemudian.

Sumber: Briged Al-Qassam
Kredit: Dunia Palestin

#IsraelBacul #TaufanalAqsa
Susulan pengumuman Jurucakap Briged Al-Qassam hari ini bahawa seorang tahanan Israel telah dibunuh oleh pengawalnya di Gaza dan dua lagi cedera dalam insiden berasingan.

Wartawan Israel Barak Ravid mengulas: Pegawai keselamatan telah memberitahu Netanyahu selama berminggu-minggu bahawa tahanan di Gaza tidak mempunyai masa lagi dan nyawa mereka dalam bahaya. Dia pernah menegur mereka, mengatakan mereka tidak tahu bagaimana untuk menguruskan rundingan, dan sekarang apa telah berlaku, telah berlaku.

Sumber: Quds News Network
Kredit: Dunia Palestin

#IsraelBacul #TaufanalAqsa
๐—ฃ๐—˜๐—ง๐—” ๐—œ๐—ก๐—ง๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ž๐—ง๐—œ๐—™ ๐—ฃ๐—˜๐—ฅ๐—”๐—ก๐—š ๐—š๐—”๐—ญ๐—”

๐—ฃ๐—ฒ๐˜๐—ฎ ๐—œ๐—ป๐˜๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ธ๐˜๐—ถ๐—ณ ๐—ฃ๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด ๐—š๐—ฎ๐˜‡๐—ฎ merupakan peta yang dibangunkan oleh Dunia Palestin bagi memberikan data pencerobohan semasa tentera penjajah Israel dan serangan balas Pejuang Palestin di Gaza dalam bentuk pemetaan.

Dapatkan peta ini dengan RM1:
bit.ly/petainteraktifgaza

#IsraelBacul #TaufanalAqsa
โ€œKita dan musuh berada dalam ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐˜๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป ๐—บ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ถ๐—ป๐—ฎ ๐—ด๐—ฒ๐—ป๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐˜€๐—ถ. Siapa yang menang dalam pertempuran generasi dia akan menang dalam pertempuran masa hadapan.โ€

Al-Syahid Ismail Haniyeh

Kredit: Dunia Palestin

#IsraelBacul #TaufanalAqsa
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
"Peliharalah wasiat darah dengan jiwa raga kalian."

Warga haram Israel difahamkan diseru untuk melakukan pencerobohan besar-besaran ke atas Masjid al-Aqsa bersempena dengan ulang tahun kehancuran kuil mereka yang kononnya wujud.

Sumber: Taufan al-Aqsa

#IsraelBacul #TaufanalAqsa
Pemangku Menteri Luar Iran dalam panggilan dengan Menteri Luar Itali:

โ–ช๏ธ"Kami terus berusaha untuk menghentikan serangan ke atas Gaza."
โ–ช๏ธ"Pada masa yang sama, kami menegaskan hak kami yang sah untuk bertindak balas."
โ–ช๏ธ"Tindakan rejim Zionis di Syria, Lebanon, dan Iran menunjukkan usahanya untuk memperluaskan konflik."

Sumber: Al Jazeera

#IsraelBacul #TaufanalAqsa
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Detik yang sangat menyayat hati.. Muhammad Abu Al-Qumsan menangisi pemergian anak kembar dan isterinya yang terbunuh angkara pengeboman Zionis di Deir Al-Balah.

Sumber: Shehab Agency
Sekumpulan warga haram Israel di Telegram dengan 132,000 pengikut, meraikan dan bersorak gembira atas pembunuhan seorang ibu dan anak kembarnya yang baru lahir dalam serangan Israel di Deir Al-Balah hari ini.

Sumber: Quds News Network
This media is not supported in your browser
VIEW IN TELEGRAM
Tentera Zionis melancarkan serangan udara ganas di timur Bandar Gaza.

Sumber: Shehab Agency
Training of Volunteers Siri-3
14 Ogos 2024
Kem Nur Lembah Pangsun

Pagi ini, peserta diberi peluang dalam sukan memanah๐Ÿน

Secara tak langsung, sukan ini menerapkan penghayatan terhadap perjuangan tentera Islam dalam siri perang terdahulu!

Semoga kalian menjadi sukarelawan yang bukan sahaja berintelektual tinggi tetapi mempunyai daya tahan yang kuat menentang penjajahan Barat & Israel.

#TrainingofVolunteers
#TOVCGM
Jabatan Rehabilitasi, Kementerian Pertahanan Israel:

๐Ÿ“Œ
Kami menerima lebih 10,000 anggota tentera yang tercedera sejak perang pada 7 Oktober 2023.

๐Ÿ“Œ Setiap bulan, kami menerima sekitar 1,000 anggota tentera yang berdaftar sebagai pesakit baharu.

๐Ÿ“Œ 35% anggota tentera yang terkesan mengalami masalah mental atau kesan pasca-trauma.

๐Ÿ“Œ Secara tidak langsung, lebih daripada suku data yang direkod menyaksikan anggota tentera mengalami kecederaan psikologi.

๐Ÿ“Œ 68% yang cedera adalah tentera simpanan.

Sumber: Shehab News
Training of Volunteers Siri-3
14 Ogos 2024
Kem Nur Lembah Pangsun

Hari ini boleh dikatakan hari mempelajari kelemahan dan kekuatan Zionis-Israel.

Kenapa kena fahami topik ini?

Dengan cara ini diharapkan sukarelawan kita dapat mewujudkan satu semangat, sekaligus menubuhkan satu kumpulan yang lebih agresif dalam penentangan terhadap Israel berdasarkan kelemahan perampas negara Palestin itu.

#TrainingofVolunteers
#TOVCGM
Forwarded from Nadir Al-Nuri (Nadir Al-Nuri)
Kalian pernah dengar tak kisah Perang Yamamah, yang berlaku pada zaman Saidina Abu Bakar As-Siddiq dan mengorbankan ratusan para syuhada'?

Kalian tahu tak peristiwa hampir sama berlaku di Gaza beberapa hari lepas?

Baca dan follow di laman baru saya Nadir Al-Nuri, tolong like dan share seluasnya, kita nak dapatkan semula 180k followers dan buktikan kepada facebook yang mereka tak boleh membenam perjuangan Palestin!

Baca dan follow di ๐Ÿ‘‡ https://www.facebook.com/share/p/8FN94FH8mR6V8W9G/?mibextid=oFDknk
2024/08/16 00:09:36
Back to Top
HTML Embed Code: