Telegram Group Search
Kawasan agihan bantuan ini berada di Khan Yunis, Selatan Gaza yang setiap malam berlaku serangan.

Namun, kerja-kerja agihan bantuan masih diteruskan!

Agihan roti kepada keluarga yang kehilangan tempat tinggal kesan daripada perbuatan rejim Zionis. Sebanyak 220 buah keluarga menerima manfaat ini.

Terima kasih orang-orang baik yang tidak henti memberi bantuan untuk penduduk Gaza. Semoga Allah merahmati kalian semua ❤️

Teruskan menyumbang untuk mereka! Kalian boleh menyumbang ke https://emergency4gaza.com/bantupalestin atau sumbang ke akaun rasmi Maybank Persatuan Cinta Gaza Malaysia, 5648 1050 7826. Ruj: Emergency.

#Heroes4Hope #IsraelCuak
🛑 TERKINI | UNRWA: Lebih 625,000 kanak-kanak di Gaza tidak bersekolah selama lebih 8 bulan, dan separuh daripada mereka menuntut di sekolah UNRWA sebelum perang.

Sumber: Shehab Agency

#IsraelCuak #TaufanalAqsa
ALAMAK! SEMPAT LAGI KE NAK DAFTAR?

Dah daftar ke belum?

Cepat sertai program latihan kesukarelawan anjuran Cinta Gaza Malaysia sebelum kehabisan 'sit'!
Dah tak banyak dah 'sit' kosong.

Inilah masanya untuk kalian bagitahu anak-anak, kawan-kawan, jiran-jiran dan saudara-mara untuk sertai program ini!

TRAINING OF VOLUNTEER SIRI-3
Tarikh: 11 Ogos - 17 Ogos 2024
Tempat: Kem Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat, Selangor


Yuran pendaftaran?
Hanya RM180/pax untuk 30 peserta terawal!
Harga runtuh untuk yang daftar secara berkumpulan (min: 3 pax): RM150/pax.

☑️ Penginapan disediakan
☑️ Makanan disediakan
☑️ Sijil fizikal

Terbuka kepada golongan belia yang berusia 18 - 30 tahun.

Cepat dapatkan tempat anda di dalam program terhad ini!
Klik sini untuk daftar: https://bit.ly/tovearlybird

Sebarang pertanyaan, klik https://bit.ly/naktanyaTOV
Jumpa anda di sana!

#trainingofvolunteer
#TOVCGM
#heroes4hope
#weareCGM
"Tak sabar nak baca siri berikutnya ..."

Ruginya siapa yang belum grab buku Sedekad di Penjara Terbesar Dunia. Ramai yang dah habis baca!

Yang masih belum mendapatkan buku ini, boleh ke https://ezy.la/ulatbuku
Zi-nis inilah semuanya berpunca daripada mereka! Daripada segi keselamatan dunia, undang-undang antarabangsa, dan pertahanan. Semuanya dimanipulasi oleh mereka.

Menarik sekiranya kita duduk bersama mendengar perkongsian ilmu daripada Prof. Dr. Salawati Mat Basir di dalam slot forum PALESTIN, UNDANG-UNDANG DAN HAK ANTARABANGSA.

Ayuh sertai program anjuran Cinta Gaza Malaysia (CGM) pada Ogos ini!

TRAINING OF VOLUNTEER SIRI-3
Tarikh: 11 Ogos - 17 Ogos 2024
Tempat: Kem Nur Lembah Pangsun, Hulu Langat, Selangor


Yuran pendaftaran?
Hanya RM180 untuk 30 peserta terawal!
Harga runtuh untuk yang daftar secara berkumpulan (3 orang): RM150/seorang.

☑️ Penginapan disediakan
☑️ Makanan disediakan
☑️ Sijil fizikal

Terbuka kepada golongan belia yang berusia 18 - 30 tahun.

Cepat dapatkan tempat anda di dalam program terhad ini!
Klik sini untuk daftar: https://bit.ly/tovearlybird

Sebarang pertanyaan, klik https://bit.ly/naktanyaTOV
Jumpa anda di sana!

#trainingofvolunteer
#TOVCGM
#heroes4hope
#weareCGM
"Janji, kami akan membina semula."

Lukisan mural pada runtuhan Masjid Al-Mahatta yang musnah akibat serangan rejim Zionis di kawasan kejiranan Al-Tuffah, bandar Gaza.

Sumber: Shehab Agency
KRISIS BAHARU PALESTIN, 5 BUAH POS KAWALAN ISRAEL DILULUSKAN DI TEBING BARAT

Kabinet Israel telah meluluskan draf yang membenarkan penubuhan lima buah pos kawalan Israel di Tebing Barat pada Khamis. Difahamkan draf tersebut diusulkan oleh Menteri Kewangan, Bezalel Smotrich.

Selain penubuhan pos kawalan, draf tersebut turut menyatakan sekatan ke atas Pihak Berkuasa Palestin (PA) dan pemberian tender untuk ribuah unit rumah baharu di penempatan haram Israel di Tebing Barat.

Sekatan terhadap PA termasuklah menarik semula permit dan manfaat yang diberikan kepada para pegawai; melaksanakan had pergerakan dan menyekat pegawai tertinggi untuk meninggalkan negara; memansuhkan kuasa eksekutif PA di selatan Tebing Barat; melaksanakan undang-undang terhadap pembinaan yang tidak diluluskan; serta melindungi tapak warisan dan kawasan sekitarnya.

Draf yang diusulkan Smotrich merupakan satu tindak balas terhadap lima buah negara: Sepanyol, Norway, Ireland, Slovenia dan Armenia yang mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara.

Keputusan Israel mendapat respons daripada HAMAS dalam sebuah kenyataan rasmi: "Segala rancangan Israel untuk mengawal Tebing Barat, menghalau penduduknya dan melemahkan perjuangan mereka akan gagal kerana ia akan bertembung dengan kebangkitan dan penentangan yang semakin meningkat di kawasan bandar, perkampungan dan kem-kem penempatan di Tebing Barat."

Manakala Kementerian Luar Palestin mengecam Israel melalui sebuah kenyataan semalam, "Ini jelas akan menutup peluang untuk mengabsahkan kewujudan negara Palestin."

Jelas kementerian itu lagi, "Ia juga merupakan satu cabaran kepada resolusi-resolusi antarabangsa, terutamanya Resolusi 2334. Israel langsung tidak menghiraukan konsensus antarabangsa yang menolak penjajahan sebagai penghalang kepada penyelesaian dua negara (two-state solution)."

Wasel Abu Youssef daripada Jawatankuasa Eksekutif Organisasi Pembebasan Palestin (PLO) juga menegaskan penentangannya terhadap keputusan Israel yang dianggap sebagai sebuah pencabulan resolusi-resolusi antarabangsa.

Sumber: The Cradle, Anadolu Ajansi
🛑TERKINI | Pesawat rejim Zionis melancarkan serangan ke atas kawasan kejiranan Al-Shujaiya, timur Gaza.

Sumber: Shehab Agency
"...Sangat memberi inspirasi. Secara jujurnya sebagai seorang ibu saya tidak mampu seperti abi & che tuan Nadir Al-Nuri berjauhan & merelakan anak mereka berada di bumi Gaza yang sentiasa dalam keadaan bahaya. ..."

Buku yang bakal memberi persepsi baru kepada para pembaca berkenaan kehidupan di sebalik tembok besar yang menutupi Gaza.

Jom dapatkan di sini 👉🏾 https://ezy.la/ulatbuku
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kami manusia bermaruah!
Kami adalah pejuang!
Kami adalah negara Arab!
Allah takkan lupakan kami!

Kredit video: Hossam Shabat

#IsraelCuak #TaufanalAqsa
2024/06/29 06:48:22
Back to Top
HTML Embed Code: