Telegram Group Search
TIP MASAK SENDIRI DI RUMAH

Trend makanan “VIRAL” yang tinggi gula, garam dan saiz sajian yang besar menyumbang kepada tabiat makanan yang tidak sihat.

Tahukah anda, bahawa memasak di rumah memberi lebih banyak manfaat kepada kesihatan berbanding makan di luar kerana kita dapat merancang menu makanan yang lebih sihat dan seimbang. Selain itu, makanan yang disediakan di rumah lebih jimat, bersih dan selamat.

Jom kita lihat beberapa tip dalam penyediaan makan sihat di rumah!

Nutritionist Sabah

#masaksecarasihat
#masakdirumah
#infopemakanansihat
#NutritionistKKM
Lebih setengah juta dewasa di Malaysia menghidap 4 penyakit tidak berjangkit.

Patuhi rawatan anda dan amalkan pembudayaan hidup sihat.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/Sihat Milikku Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM/com.sihatmilikbersama
Tahukah anda

Terdapat 2️⃣ fungsi telinga iaitu untuk pendengaran dan keseimbangan. Telinga👂🏻 perlu dijaga dan dilindungi daripada bahaya supaya sihat dan boleh berfungsi dengan baik.

Apabila kesihatan telinga tidak dijaga dengan baik, anda berisiko untuk mengalami gangguan pendengaran. Oleh itu, menjaga kesihatan telinga adalah sangat penting‼️

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
The First 1000 Days of Life

Tune in to Traxxfm at 11.30 am with Nur Azlina binti Abdul Aziz, Nutritionist from Nutrition Division, MOH.

#MalaysiaSihat
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Jom kita kawal pengambilan gula dalam makanan dan minuman kita setiap hari demi kesihatan diri dan keluarga tercinta.

Lebihkan manis dalam senyuman.
Gula, 1 sudu teh dah cukup, kurang lebih baik, tiada terbaik!

- Datuk Dr. Norhayati binti Rusli, Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam)

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/Sihat Milikku Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM/com.sihatmilikbersama
Panau atau nama saintifiknya Tinea versicolor adalah sejenis jangkitan kulit yang disebabkan oleh kulat daripada jenis Malassezia.

Tanda-tanda jangkitan Panau boleh dilihat pada kulit di bahagian badan seperti leher, dada dan beberapa bahagian lain yang kerap berpeluh. Ciri-ciri jangkitan panau dapat dilihat pada bahagian kulit adalah tompok jelas berwarna putih, merah jambu atau coklat.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
1 daripada 2 dewasa di Malaysia menghabiskan masa lebih dua jam sehari dengan aktiviti duduk, baring atau bersandar.

Lakukan x-break selepas duduk dalam tempoh 2 jam berturut-turut bagi mencegah tingkah laku sedentari.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/Sihat Milikku Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM/com.sihatmilikbersama
Kenal emosi ialah proses memahami, mengenalpasti, dan menyedari perasaan dan reaksi emosi yang dialami terutamanya oleh diri sendiri.

Mengenali emosi adalah penting untuk kesejahteraan dan kualiti hidup. Dengan mengenali emosi, kita dapat menguruskan perasaan dengan lebih efektif, berkomunikasi dengan lebih baik, meningkatkan produktiviti di tempat kerja, dan empati terhadap orang lain serta membolehkan kita mencari bantuan atau sokongan apabila diperlukan.

Secara keseluruhan, apabila kita dapat memahami dan menguruskan emosi, kita cenderung untuk merasa lebih puas dan gembira dengan kehidupan kerana ia adalah kunci untuk menjalani kehidupan yang lebih sihat, bahagia, dan produktif.

Sumber: Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Buli Siber : Masalah Kesihatan Mental Pembuli, Kesannya Kepada Mangsa

Dengarkan sesi temu bual yang telah disiarkan pada 17 Julai 2024 di astro radio news bersama Dr. Norli binti Abdul Jabbar, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dari Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH).

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/Sihat Milikku Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM/com.sihatmilikbersama
Gangguan Mistik vs Kesihatan Mental

Saksikan dalam rancangan Malaysia Hari Ini esok di TV3

Tarikh : 23 Julai 2024 (Selasa)
Masa : 9.30 pagi

Panel :
Dr. Aida Harlina Binti Abdul Razak
Pakar Psikiatri
Hospital Cyberjaya

#MalaysiaSihat
Tahukah anda

Sampah kulit buah-buahan seperti kelapa, durian, manggis dan rambutan juga berpotensi menjadi tempat pembiakan nyamuk Aedes. 🦟

Sampah sebegini sekiranya tidak diuruskan dengan baik dan dilupuskan secara berhemah boleh menakung air dan menjadi tempat yang sesuai untuk nyamuk bertelur, seterusnya meningkatkan risiko jangkitan denggi.

Sewaktu musim buah buahan ini, masyarakat dan peniaga buah-buahan perlu memainkan peranan untuk terus menjaga kebersihan alam sekitar bagi mengekang penularan wabak denggi.

𝗧𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗔𝗲𝗱𝗲𝘀, 𝘁𝗶𝗮𝗱𝗮 𝗱𝗲𝗻𝗴𝗴𝗶, 𝗰𝗵𝗶𝗸𝘂𝗻𝗴𝘂𝗻𝘆𝗮 𝗱𝗮𝗻 𝘇𝗶𝗸𝗮.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Buku Rekod Kesihatan Bayi & Kanak-Kanak

Sertai TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang esok bersama Puan Zuraida binti Busu, Penyelia Jururawat dan Puan Sharina binti Mohd Lazim, Ketua Penyelia Jururawat dari Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/Sihat Milikku Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM/com.sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Bahaya Keracunan Makanan Kepada Masyarakat

Dengarkan sesi temu bual yang telah disiarkan pada 14 Jun 2024 di astro radio news bersama Encik Amran Hasan @ Che Hasan, Pegawai Teknologi Makanan dari Program Keselamatan dan Kualiti Makanan.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/Sihat Milikku Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM/com.sihatmilikbersama
Bayi Batuk Selsema. Perlu risau? Apa kata pakar?

Saksikan kami di FB Live Wellness Hub Batu Pahat
🔗
https://www.facebook.com/WellnessHubBatuPahat/
🗓️ 24.07.2024 (Rabu)
🕝 3.00 petang

Jangan lupa 🔒 lock tarikh tersebut kerana pelbagai info untuk anda dan e-sijil juga disediakan untuk anda 🤞

#WellnessHubBP #MalaysiaSihatSejahtera #ANMS #KekalSihat #BPHebat
Buku Rekod Kesihatan Bayi & Kanak-Kanak

Jangan lupa sertai sesi TikTok Live di www.tiktok.com/@myhealthkkm pada pukul 3.00 hingga 4.00 petang bersama Puan Zuraida binti Busu, Penyelia Jururawat dan Puan Sharina binti Mohd Lazim, Ketua Penyelia Jururawat dari Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga.

#MalaysiaSihat

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/Sihat Milikku Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM/com.sihatmilikbersama
Gagap ialah keadaan di mana pertuturan menjadi tidak lancar, tersekat-sekat atau berulang-ulang. Masalah ini boleh berlaku dalam kalangan kanak-kanak dan juga orang dewasa.

Antara punca berlakunya gagap adalah faktor genetik, kerosakan saraf dan juga tekanan. Masalah gagap boleh dibantu melalui rawatan terapi pertuturan.

Sekiranya anda, anak atau ahli keluarga anda mengalami masalah ini, anda boleh mendapatkan rujukan dan janji temu untuk berjumpa dengan Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan-Bahasa) di hospital-hospital berhampiran.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
"Godam Emosi" di sini merujuk kepada manipulasi atau eksploitasi emosi melibatkan penggunaan teknik-teknik psikologi untuk menguruskan emosi dengan lebih baik supaya dapat meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup.

Teknik-teknik yang dikongsikan dapat ini membantu menenangkan fikiran, mengurangkan ketegangan, meningkatkan kesejahteraan emosi, dan menjalani kehidupan yang bermakna.

Akhir sekali, dengan mengukuhkan kemahiran daya tindak yang baik dan kawalan emosi yang baik, kita juga boleh menguruskan tekanan dan cabaran kehidupan dengan lebih tenang.

#HentikanStigmaKesihatanMental
#letsTALKMindaSihat
#mindasihatkkm
#ncemh

Sumber: Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan
Darah Tinggi

Saksikan dalam Berita Bernama Seithigal

Tarikh : 24 Julai 2024 (Rabu)
Masa : 7.00 malam

Panel :
Dr. Ruben Ramakrishnan
Ketua Penolong Pengarah Kanan
Bahagian Kawalan Penyakit, KKM

#MalaysiaSihat
Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) 2024 peringkat WP Kuala Lumpur dan Putrajaya kini kembali!

📅 Tarikh: 27 & 28 Julai 2024
🕗 Waktu: 8.00 pagi - 10.00 malam
📍 Tempat: Tapak Parking Kenderaan Padang Bola Sintetik Presint 4, Putrajaya

Bersedia untuk pelbagai aktiviti menarik:
- 🖼 Pameran Interaktif pelbagai agensi
- ⁠🍏Jualan Agro Madani
- ⁠ 👩🏻‍⚕️Saringan Kesihatan Secara

PERCUMA!
- 💪 Pertandingan 90 Minute Aerobic Challenge
- 🎨 Pertandingan Mewarna
- ⚽️ Perlawanan Bola Sepak
- 🎤 Meet and Greet bersama Artis

Jemputan
- 🎭 Persembahan PENTARAMA Live Jam@ANMS_WPKL&P

Jom sertai kami untuk hari yang penuh keseronokan! Pelbagai Hadiah dan Cabutan bertuah menanti anda!

Untuk maklumat lanjut, sila layari platform media sosial kami di Kolompo Sihat.

Jumpa anda di sana! 🌟

#1HMCU
#WoPAD
#ANMS
#JelajahANMS
#KekalSihat
#sihatmilikku
#KolompoSihat
2024/07/25 02:08:06
Back to Top
HTML Embed Code: