Telegram Group Search
APA ITU PROBIOTIK & PREBIOTIK?

Tahukah anda? Usus kita merupakan salah satu organ penting dalam sistem penghadaman makanan manusia. Pelbagai masalah berkaitan usus seperti sembelit, keradangan, cirit-birit dan juga kanser kolon boleh berlaku jika kesihatan usus tidak dijaga.

Pengambilan probiotik dan prebiotik yang mencukupi dapat membantu dalam menangani dan mengurangkan risiko kepada masalah ini.

Amalkan pemakanan sihat dan seimbang setiap hari bagi mendapatkan manfaat daripada keseimbangan sumber probiotik dan prebiotik ini.

Sumber: Nutritionist KKM
Pengambilan personel MySTEP di Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM Tahun 2024. Kepada yang berminat boleh e-mel permohonan ke [email protected]

Kelayakan akademik dalam bidang sains sukan / pengurusan sukan / pendidikan sukan / kejurulatihan sukan atau bidang berkaitan yang diiktiraf oleh kerajaan.
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Pastikan tiada tempat pembiakan nyamuk Aedes dan ambil langkah-langkah melindungi diri daripada gigitan nyamuk Aedes.

Rajin-rajinlah jaga kebersihan persekitaran anda.

Kerajinan anda adalah penentu kehidupan sihat sejahtera.

#ANMS #sihatmilikku.

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/Sihat Milikku Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM/com.sihatmilikbersama
Sistem pencernaan adalah kumpulan organ penting yang bertanggungjawab untuk memecahkan makanan menjadi komponen untuk kegunaan badan.

Bagi individu bergelar warga emas ๐Ÿ‘ด๐Ÿผ๐Ÿ‘ต๐Ÿผ, risiko untuk berdepan kemerosotan dalam fungsi sistem tersebut akan meningkat.

Ia sudah tentu mempunyai kesan daripada diet pemakanan ๐Ÿœ๐Ÿ›, amalan gaya hidup ๐Ÿšถ๐Ÿผโ€โ™€๏ธ๐Ÿง˜๐Ÿผโ€โ™€๏ธ, penyakit serta ubatan yang diambil.

๐Ÿ’กDikongsikan tip pencegahan sembelit dalam kalangan warga emas.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Bagi wanita kehamilan๐Ÿคฐ๐Ÿผadalah peristiwa yang sangat bermakna. Bermula saat disahkan doktor bahawa diri sedang berbadan dua, ia menjadi kenangan yang sukar dilupakan.

Pastinya setiap pasangan mengharapkan bayi ๐Ÿ‘ถ๐Ÿป yang bakal lahir sihat fizikal dan mental. Bagi memastikan kesihatan bayi terjamin, penjagaan pemakanan ๐Ÿฅฆ๐Ÿ—๐Ÿซ˜ yang sempurna perlu dimulakan sejak dari dalam kandungan lagi.

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Tukar papan pemotong jika terdapat kesan hitam walaupun telah dibersihkan atau yang telah berubah warna.

Elakkan daripada menggunakan papan pemotong kayu dan papan pemotong yang dibalut.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/Sihat Milikku Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM/com.sihatmilikbersama
Badan yang sihat dipengaruhi oleh pemakanan dan juga gaya hidup. Nutrisi adalah penting untuk memastikan individu mengalami tumbesaran yang normal, perkembangan yang sejajar dengan umur serta memastikan tubuh badan sentiasa sihat.

Pada umumnya, corak pemakanan yang sihat harus berpandukan piramid pemakanan mengikut keperluan individu. Jom mulakan dengan tabiat pengambilan snek secara bijakโ€ผ๏ธ

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Ketahui tanda-tanda awal untuk mengambil langkah pencegahan dalam menguruskan kesihatan mental dan fizikal anda.

Sumber : Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan
Seringkali berlaku kejadian keracunan makanan yang disebabkan oleh pengendalian penyediaan makanan yang tidak selamat.

Pengusaha dan pengendali makanan seharusnya peka terhadap isu ini dan mengambil langkah proaktif dengan memastikan pengendalian dan kebersihan persekitaran di tempat memasak sentiasa mengikut piawaian yang ditetapkan oleh Kementerian kesihatan Malaysia dan juga kebersihan dijaga selalu.

Pengusaha dan peniaga makanan perlu menjamin makanan yang dihasilkan selamat untuk dimakanโ€ผ๏ธ

#KKMPrihatin
#KKMSihat
#MalaysiaMadani
Kesihatan mulut yang baik adalah penting untuk tumbesaran dan kesihatan menyeluruh kanak-kanak. Gigi desidus (susu) adalah penting bagi anak yang sedang membesar. Selain daripada mengunyah makanan dengan betul dan membantu tumbesaran dan pembentukan tulang rahang dengan baik, gigi susu menyediakan ruang untuk pertumbuhan gigi kekal.

Gigi susu turut penting untuk pembentukan percakapan dan jika dijaga dengan baik ia akan berfungsi di dalam mulut anak tersebut hingga mencapai usia 12-13 tahun. Oleh itu, jangan abaikan kesihatan mulut bayi anda!

Sumber: Program Kesihatan Pergigian KKM
Jom Periksa Mulut

Dengarkan di ikimfm esok pada pukul 8.30 pagi bersama Dr. Jamaliah binti Omar, Pakar Pergigian Kesihatan Awam dari Program Kesihatan Pergigian, KKM.

#ANMS #sihatmilikku
Ancaman Keselamatan Makanan : Bersediakah Anda?

Dengarkan di nasionalfm esok pada pukul 10.30 pagi bersama Puan Nurul Hidayati binti Surawi, Pegawai Teknologi Makanan dari Program Keselamatan Kualiti dan Makanan, KKM.

#ANMS #sihatmilikku
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Kekal aktif ditempat kerja dengan menghadkan penggunaan lif. Jom gunakan tangga kerana ia boleh menguatkan otot, tulang dan sendi.

Gunakan kemudahan pengangkutan awam yang secara tidak langsung dapat menjadikan kita aktif dengan bergerak ke destinasi yang dituju.

Ayuh kita sama-sama mengamalkan dan semarakkan pembudayaan hidup sihat demi kesejahteraan rakyat Malaysia.

- Datuk Seri Mohamad Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan

#ANMS #sihatsepanjanghayat #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/Sihat Milikku Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM/com.sihatmilikbersama
Jom ambil tahu,

Saksikan kami di FB Live Wellness Hub Batu Pahat ๐Ÿ”—

https://www.facebook.com/WellnessHubBatuPahat/
๐Ÿ—“ 03.07.2024 (Rabu)
๐Ÿ• 3.00 petang

Jangan lupa ๐Ÿ”’ lock tarikh tersebut kerana pelbagai info untuk anda dan e-sijil juga disediakan untuk anda ๐Ÿซต๐Ÿผ

#WellnessHubBP #MalaysiaSihatSejahtera #ANMS #KekalSihat #BPHebat
Antara langkah yang boleh diambil bagi mencegah demam tifoid adalah

โ–ถ๏ธ Basuh tangan dengan sabun dan air bersih sebelum dan selepas makan dan selepas ke tandas
โ–ถ๏ธ Hanya gunakan air bersih dan terawat untuk penyediaan makanan
โ–ถ๏ธ Minum air yang telah dimasak sehingga mendidih atau air yang telah dibotolkan
โ–ถ๏ธ Bersihkan kawasan sekeliling rumah dan lupuskan sampah dengan sempurna
โ–ถ๏ธ Tutup semua makanan

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/Sihat Milikku Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM/com.sihatmilikbersama
HePiLI Runway 3R Fashion Show Zon Sarawak ๐Ÿ˜

Serlahkan bakat anak-anak anda dalam HePiLI Runway 3R Fashion Show!

Untuk pendaftaraan, ibu ayah boleh terus imbas kod QR yang tertera dan isikan butiran yang diperlukan. Terhad kepada 30 penyertaan sahaja tau.

Kami akan tutup penyertaan selepas cukup 30 pendaftaran. Apa tunggu lagi, jom daftar sekarang! Hora Horey! ๐Ÿฅณ

#didiandfriends #kembarasihatsejahtera #kementeriankesihatanmalaysia #kkm #fashionshow #3rfashionshow #sarawak #miri
3 Julai 2024 - Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) Bil.2/2024 ini dipengerusikan oleh YB Datuk Seri Dr. Haji Dzulkefly bin Ahmad, Menteri Kesihatan bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 4, Blok Ahli Parlimen dan Pentadbiran, Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur yang telah dihadiri oleh Ketua-ketua Setiausaha dan Pegawai-Pegawai Tinggi dari seluruh kementerian.

Fokus mesyuarat kali ini adalah untuk meneliti satu (1) kertas pertimbangan iaitu Pembentukan Pelan Strategik Putrajaya Sihat Sejahtera (PSS) dan dua (2) kertas makluman iaitu Kertas Makluman Tinjauan Literasi Kesihatan Malaysia & Tinjauan Kebangsaan Kesihatan Dan Morbiditi 2023 serta Kertas Makluman Status Kemajuan Pelaksanaan Putrajaya Sihat Sejahtera sebelum diangkat ke Mesyuarat Kabinet ANMS yang akan dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri.

#ANMS #sihatmilikku

https://www.facebook.com/share/p/w9iRgQyjmUP4xbDJ/?mibextid=oFDknk
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Fungsi sistem limfatik adalah untuk membantu sistem pertahanan tubuh daripada sebarang jangkitan penyakit. Dengan bergerak lebih banyak, anda membantu sistem ini untuk berfungsi dengan lancar.

Jom bergerak aktif untuk meningkatkan imuniti badan setiap hari.

Kesihatan tubuh badan bermula daripada sistem limfatik yang baik!

#ANMS #sihatmilikku

Sumber:
Bahagian Pendidikan Kesihatan, KKM
www.tg-me.com/Sihat Milikku Kementerian Kesihatan Malaysia @MyHEALTHKKM/com.sihatmilikbersama
Media is too big
VIEW IN TELEGRAM
Malaysia mencatat kes tertinggi demam campak (measles) dalam kalangan kanak-kanak berbanding negara lain di rantau pasifik barat. Seseorang individu dijangkiti berpotensi menyebarkan gejala kepada 12 sehingga 18 individu lain. Measles boleh dicegah melalui imunisasi dan vaksinasi.

Dapatkan rawatan sewajarnya sekiranya mengalami gejala demam beserta ruam.

#ANMS #sihatmilikku

Sumber : Berita RTM
2024/07/04 06:24:58
Back to Top
HTML Embed Code: