Telegram Group Search
[Catatan refleksi]

Bila kita membaca kisah Maryam as, pada permulaan surahnya sahaja, –"kaaf Haa Yaa Aiin Shaad"–kita diperkenalkan dengan sebuah keterbatasan.

Bila baca kisah Nabi Yaakub as, kita dapat merenungi bagaimana Nabi Yaakub tidak memaksa diri untuk 'move on' saat dikhabarkan kehilangan anak kesayangan, Yusuf. Nabi Yaakub mengambil 'space' untuk diri baginda.

Begitu juga bila baca kisah Nabi SAW saat di Taif, fasa di mana 'am al-huzn (tahun kesedihan/ dukacita), kita dpt melihat bagaimana kota Mekkah pada ketika itu tidak memberikan sedikit pun 'space yg selamat' utk Baginda. Kehilangan Abi Thalib, kehilangan isteri tercinta, Khadijah, diboikot keluarga, dan lain² ujian.

Bila tadabbur & renungi pula kisah Nabi Musa a.s, saat segala ketajaman segala pedang dikalahkan tongkat baginda–membelah lautan–kita dapati bahawa terkadang bantuan Allah tidak selalunya hadir di awal. la hadir pada saat² akhir.

Banyak sangat sebenarnya pelajaran dan pujukan Allah di dalam Al-Quran.
Betapa indahnya, dan terpujuknya rasa, bila merenungi kisah² dalam Al-Quran. Kita akan dapati, segala pemula cara untuk kita hadapi distraksi dan katarsis yang pelbagai pada saat ini hanyalah dengan –kembali kepada Al-Quran.

Quran selalu menunjukkan sisi, bahawa 'pada akhirnya, 'manusia itu tetap manusia'. Quran benar² mengiktiraf sifat² dan fitrah manusia, serta keterbatasan mereka.

Benarlah bahawa ianya (al-Quran), merupakan ahsanal qasas (jejak langkah) yang paling terbaik.–

Renungilah, segala kisah yg Allah rakamkan di dalamnya.. Bila kita bersama Quran, kita akan selalu nampak diri kita. Bersama dgn Quran juga akan membuat kita slow² sedar, yang kisah terbaik itu sebenarnya ialah, kisah tentang diri kita sendiri.

_Al-Quran itu, sebaik-baiknya sahabat._

[ Catatan refleksi kalam | Beta.– | 29, Mei 2024 ]
Doakan saya ya🌹InshaAllah esok bermula fatrah imtihan final saya untuk semester thani tahun ke-2 di sini.

Doakan saya mampu capai pangkat mumtaz dan dikurniakan fakih ilmu, kefahaman yang baik untuk setiap madah yang saya pelajari selama di sini.

Ia memang tidak mudah. Berapa kali nangis pun tak tahu lah😂Berapa kali burnout pun tak dapat nak kira. Sebelum ni tergerak hati mcm nak balik Malaysia untuk sebulan sekejap, nak healing kononnya, tapi mengenangkan tempoh belajar saya di sini tinggal berapa bulan ja lagi, ditambah dengan kerja persatuan, jadi terpaksa batalkan hasrat...

Doakan saya mampu najih, mumtaz di sini. Dan mendapatkan pengakhiran yang cemerlang. Allahumma Aamiin.

Tak harap banyak, saya nak pulang dengan kejayaan. Memang rindu kampung halaman, tapi kadang risau, andai pulang dengan hasil yang tak seberapa. Selitkan nama saya dalam doa² kalian ya!🌹

Nama saya, Nabihah bt Mohd Najib.
Syukran!🥰
"...Tak ada kasih paling sembuh nan abadi, kecuali di atas ribaan khadijah, bermula dakwah rasul. Di atas ribaan Aisyah, berkahir segala wahyu."
Mohon tembakan doa daripada semua, buat saya pagini untuk imtihan tafsir tahlili🥰🌹Moga diberi ketenangan saat menjawab soalan², dan moga saya diberi kefutuhan dalam ilmu ya. Allahumma Aamiin.
Usul al-Fiqh dah jadi isu.

----

Buat para pencinta ilmu yang ingin mendalami bidang ilmu Usul al-Fiqh secara lebih mendalam, boleh terus mengikuti kelas kelas yang telah dihimpunkan oleh Ruwaq Jawi seperti berikut:

1- Fadilat al-Syeikh Dr Amr al-Wirdaniyy - Ahli Majlis Fatwa dan Pengarah Latihan Fatwa di Jabatan Fatwa Kebangsaan Mesir (Dar al-Ifta al-Misriyyah).

2- Fadilat al-Syeikh Sayyid Shaltut al-Hasaniyy- Ahli Majlis Fatwa di Jabatan Fatwa Kebangsaan Mesir (Dar al-Ifta al-Misriyyah).

3- Fadilatus Syeikh Hairul Nizam Bin Mat Husain - MA Usul Fiqh Universiti al-Azhar, Calon PhD Usul Fiqh Universiti al-Azhar. Syeikh Ruwaq Jawi, Kaherah Mesir.

Link pengajian seperti berikut:

💪 Peringkat Permulaan:

1- Matan al-Waraqat yang dihuraikan di dalam bahasa Arab oleh Syeikh Amr al-Wirdaniyy sebanyak 22 majlis:

https://youtube.com/playlist?list=PLyKSKLsF2ArRJQytWPmfDuBf78rJJJ4k6

2- Matan al-Waraqat yang dihuraikan di dalam bahasa Melayu oleh Ustaz Hairul Nizam Mat Husain sebanyak 31 majlis :

https://youtube.com/playlist?list=PLyKSKLsF2ArT03w7vPv4yntgBhrsTirSf

💪 Peringkat Pertengahan:

1- kitab Qurratul Ain yang dihuraikan di dalam bahasa Arab oleh Syeikh Sayyid Syaltut sebanyak 31 majlis:

https://youtube.com/playlist?list=PLyKSKLsF2ArS4vdLcA8rBdreTypKPjHTG

2- Kitab Qurratul Ain yang dihuraikan di dalam bahasa Melayu oleh Ustaz Hairul Nizam bin Mat Husain sebanyak 26 majlis:

https://youtube.com/playlist?list=PLyKSKLsF2ArSDZqoF3juznBkE--lATa6b

3- Kitab Ghayah al-Maamul yang dihuraikan di dalam bahasa Arab oleh Syeikh Sayyid Syaltut sebanyak 69 majlis:

https://youtube.com/playlist?list=PLyKSKLsF2ArRsva9Q1A6vubkBl_LgLnio

💪 Peringkat Tinggi:

1- Kitab Minhaj al-Wusul yang dihuraikan oleh Syeikh Sayyid Syaltut sebanyak 49 majlis:
https://m.youtube.com/playlist?list=PLyKSKLsF2ArQ2xAAED1Jn2zXpEn-j4Nx4

Untuk mendapatkan lebih banyak himpunan pengajian boleh terus ikuti di Chanel Youtube Ruwaq Jawi https://youtube.com/c/ruwaqjawi , Jemput Subscribed
Doakan saya malamni bertanding khat!🥰🌹

Special sikit kalini sebab buat pertama kalinya saya bawa Diwani dalam karya. Selalunya hasilkan nasakh atau riq'ah sahaja. Alhamdulillah ini hasil (tak habis) latihan untuk setakat petang ni. Kami diberi masa 2 jam utk siapkan karya malamni. Doakan moga saya diberi ketenangan saat menghasilkannya ya, dan dapat siapkan dengan sebaik mungkin. Aamiin!

Heh heh, cuba² je ni, nak support program kawan. Menang tak menang, lain cerita.
Alhamdulillah, pagi ini pada menyambung muthola'ah matan Al-Waraqat li Imam al-Haramain al-Juwaini (li mubtadi' fi usul al fiqh) melalui syarah Ustaz Hairul Nizam, saya tertarik pada penerangan al-Fadhil Ustaz bagi syarah ringkas mengenai sebaris istilah ini.

Yang mana Imam al-Haramain meng-istilahkan, bahawa kedua² kalimah bagi Usul dan Fiqh itu, merupakan mufrad. Yakni kalimah Usul itu mufrad, dan kalimah Fiqh itu juga mufrad.

Namun, bagi mereka yang memiliki kemahiran secara basic pada ilmu alat pasti akan dapat menangkap apa yang 'pelik' pada kenyataan itu... Yakni kita akan ketahui bahawa dari segi ilmu nahwu, kalimah Usul itu bukanlah mufrad, akan tetapi jama' kepada aslun. Turutannya ialah Aslun-Aslan-Usul.

Lalu, jika kita mengetahui hal demikian, bagaimanakah adab kita dalam membacanya serta memahamkannya? Apakah kita boleh menyalahkannya? apakah benar Istilah Ulama' itu salah sebagaimana sangkaan kita?–
.

Tidak lama kemudian, al-Fadhil Ustaz menyambung syarah, kata beliau, "Kerana itu kita diajar oleh Ulama', bila kita membaca karangan orang 'alim yang dikenali siapakah dia, tiba² yang dia sebut dalam karyanya itu tak seperti yang kita faham, maka jangan cepat i'tirad. La tatakallam (lalu Ustaz membuat isyarat menutup mulut dengan kelima² jarinya–nak menunjukkan, boleh rasa pelik & curious tapi jangan cepat² nak pertikaikan) Ini adab sebagai penuntut Ilmu dalam membaca kitab karangan Ulama' muktabar. Sikap ini harus dijaga sampai bila². Sedar diri, siapa kita nak mengata Ulama'? Cari dulu kenapa disebut begitu, kenapa disebut begini. Takut kita merasa kita lah yang paling benar. Maka ini sikap buruk sesetengah masyarakat kita, yang mana bila dia tahu suatu benda yang kalau itu tak kena dengan apa yang dia tahu/faham, lalu dia terus menghukum. Jadi hendaklah kita merujuk terlebih dahulu dengan para Ulama'. Para Ulama' mengatakan bahawasanya mufrad yang dinyatakan oleh Imam al-Haramain itu bukanlah dari segi Ilmu Nahu, akan tetapi mufrad yang disebut itu dari sudut Ilmu Mantiq."

Kemudian pesan beliau lagi, "Setiap satu ilmu ada padanya Istilah. Maka kadang² berlaku pertikaian dan pergaduhan itu kerana kita berbeza pandangan dalam memahami suatu istilah. Cth, ضرب محمد. Persoalan, siapakah fa'ilnya (pelakunya)? Seorang akan menjawab محمد, tiba² datang orang lain ada yang menjawab pelakunya ialah الله. Mengapa boleh berbeza?... Ini kerana rupa-rupanya, yang seorang faham fa'il itu dari segi Ilmu mantiq/nahu, manakala yang seorang tu pula faham istilah fa'il itu dari segi Ilmu akidah."

Jadi sebab tu, bila kita membaca kitab, atau mendengar pandangan orang lain, dan kita dapati ia seakan ada 'kesalahan' hanya dek kerana berbeza dengan apa yang kita fahami atau ketahui, maka sabar, dan jangan cepat pertikai apatah lagi mengatakan "ini salah!", kerana takut² yang bercakap itu memahaminya dari segi istilah lain, dan kita juga faham dari segi istilah lain. Hendaklah kita beradab dalam membaca kitab² para Ulama'. Perbezaan istilah tidak lah sepatutnya membawa kepada pertikaian, melainkan sekiranya istilah itu sama. Wallahua'lam.


Nabihah bt Mohd Najib,
(21 Jun 2024, Bayt Dzikroyat, Mu'tah al-Karak, Jordan)
Salam buat dinda di sana, hari ini kanda baik-baik sahaja. Di sini, masih tekun membaca kejutan-kejutan kehidupan, yang terkadang serasa bagaikan mimpi, namun di dalamnya terselit rahsia berharga pemberian Tuhan, yang belum sepenuhnya difahami.

Dinda,

saat warkah ringkas ini tertulis, cuaca panas di luar bilik kanda sedang bekerja keras, mengeringkan pakaian jiran. Bilahan kipas yang menghala ke meja belajar, angin bersaklar tombol 2, meniup perlahan langsir venetian blind.

Oh tak lupa juga semalam, kucing kesayangan seseorang, hampir insomnia di waktu malam, akibat trauma gonggongan anjing ganas di luar. Moga si bulus itu hari ini mampu tersenyum dan tenang dalam zikirnya yang tak kurang, kepada Tuhan.

Kanda telah mendengar, segelintir orang berfalasi, bahawa kehidupan semakin lama semakin sukar, sehingga membuat diri mereka takut untuk bebas mendewasa, atau bahkan tak lepas turut ada yang berimpian agar waktu dapat berputar ke masa jauh, ingin menjadi anak kecil kembali.

Namun jauh di sudut hati, kanda yakini bahawa Tuhan tak pernah kejam dalam meningkatkan usia kita. Tuhan tak pernah sia-siakan kewujudan kita. Manusia mulia di sisi-Nya.

Sebuah doa mahabbah kanda panjatkan, buatmu yang sedang bergelut memahami tengkujuh takdir yang belum pun larut pada musimnya. Garangkah ombak di sana, dinda? Kanda risau, kadangakala mengingatkan kudratmu yang terbatas untuk menguruskan semua. Kanda doakan semoga dinda mampu sabar, dengan seindah-indah sabar.

Sesuatu mungkin telah hilang. Tapi di sana masih ada banyak yang belum dinda lihat. Mari jujur dengan Tuhan. Kita akui insan, yang tak pernah mengetahui lebih baik dari-Nya, bukan?

Mudah-mudahan, dinda juga tak lupa pada sebuah hemat yang dikhabarkan oleh Ibn Al-Qayyim,

"Sesungguhnya di dalam hati terdapat sobekan yang tak bisa dijahit kecuali dengan menghadap penuh kepada Allah. Di dalam hati juga ada sebuah kesedihan yang tidak mampu diseka kecuali oleh kebahagiaan yang tumbuh kerana mengenal Allah dan ketulusan berinteraksi dengan-Nya."


Beta.–🌹
Baru tersedar, betapa rugi sungguh dan terlambatnya saya utk sedar akan kepentingan kitab ini. Kitab yang menjadi batu asas kepada ilmu alat seperti Nahu, Sorof dan Balaghah. Patutlah baca kitab² selama ni, ada rasa 'kosong'. Kalau tahu dan faham pun, barangkali faham secara zahir sahaja.

Bermonolog sendiri, 'ambil Usul Fiqh, belajar guna kitab, tapi ilmu alat masih di tahap yang kritikal'. Patutlah guru dulu pesan, "haram bagi pelajar Syariah, belajar Syariah tapi tak faham ilmu bahasa arab". Ya Allah. Harini baru sampai rasa sentap tu. Dulu dengar buat macam takde apa, huhu... Rupanya jauh lagi perjalanan saya ni kawan² sekalian. Wallahi jauh. Tapi bak kata Al-Fadhil Ustaz Hairul Nizam "Walau kita ni generasi terlambat, tapi moga² dengan lambatnya kita tu, dapat bawa perubahan untuk diri dan masyarakat". Aamiin.

Perkara ni jugalah yang buat saya terjentik hati, "ada hati nak balik Malaysia cuti sem soifi nanti?". Hmm, jangan harap. Orang lain balik takpe, saya jangan. Banyak ketidakfahaman tak beres lagi ni🥲. Tak perlu sentuh pada ketidakfahaman pada kitab² yang level muntahi, kalau pada matan Aajurrumiyyah ini sahaja bacanya juga masih terkontang kanting🥲
.
Btw, sedikit pengenalan buat sekalian sahabat yang membaca, ini merupakan kitab al-Tuhfatu al-Thaniah, syarah bagi matan al-Aajurrumiyyah.

Lafaz 'Aajurrum' itu bukanlah bahasa arab, tetapi bahasa Barbar, bahasa yang datang dari suatu kaum yang tinggal di Maghribi. Maksudnya/dinisbahkannya kepada al-Faqir as-Sufi yakni gelaran bagi musannif.

Nama sebenar musannif ialah Muhammad bin Muhammad bin Daud (beliau dari Kabilah Sonhaajah/Sunhaajah/Sinhaajah). Dikisahkan juga bahawa kitab Aajurrumiyyah itu ditulis dihadapan Ka'bah... dan ketika di zaman Abu Aswad dan Saidina Ali r.a, ilmu ini tak disebut sebagai ilmu Nahu, akan tetapi disebut sebagai ilmu 'Arabiah (yang mana waktu tu ialah peringkat permulaan, ia tak asingkan antara nahu dan sorof). Namun pada peringkat ke-6, yakni zaman al-Mazni barulah ia mula mengasingkan antara ilmu Nahu dan Sorof.

Wallahua'lam.
RISALAH PADA MENGENAL ILMU HADITH DAN SEJARAHNYA (1).pdf
1.1 MB
Simpan sini, supaya senang saya nak rujuk semula😅😂🙏🌹

Hehe. Gurau². InshaAllah, semoga bermanfaat buat semua ya. Sesi nak menambahkan bahan rujukan di ruangan Bidm's Story.
2024/06/29 06:04:12
Back to Top
HTML Embed Code: