Telegram Group Search
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Benarkah orang yang sihat dimakruhkan solat sunat dalam keadaan duduk?

Jika orang yang sakit terpaksa solat dalam keadaan duduk adakah benar bahawa dia hanya mendapat separuh sahaja pahalanya?

JAWAPAN: Orang yang sihat tetapi dia solat dalam keadaan duduk maka perbuatannya itu adalah harus bukannya makruh tetapi jika dia solat dalam keadaan berdiri maka ialah yang afdhal.

Orang yang dapat separuh pahala itu ialah orang sihat yang solat sunat dalam keadaan duduk.

Ada pun orang sakit yang solat duduk itu maka pahalanya sama seperti solat berdiri. Ada pun solat wajib maka tidak harus sama sekali ia solat dalam keadaan duduk melainkan kerana uzur.

Dari Imran bin Husain r.a. berkata:

Aku bertanyakan Nabi SAW tentang seorang lelaki yang solat sunat dalam keadaan duduk maka Nabi SAW menjawab:

ู…ูŽู†ู’ ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ู‚ูŽุงุฆูู…ู‹ุง ููŽู‡ููˆูŽ ุฃูŽูู’ุถูŽู„ูุŒ ูˆูŽู…ูŽู†ู’ ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ู‚ูŽุงุนูุฏู‹ุง ููŽู„ูŽู‡ู ู†ูุตู’ูู ุฃูŽุฌู’ุฑู ุงู„ู‚ูŽุงุฆูู…ูุŒ ูˆูŽู…ูŽู†ู’ ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ู†ูŽุงุฆูู…ู‹ุง ููŽู„ูŽู‡ู ู†ูุตู’ูู ุฃูŽุฌู’ุฑู ุงู„ู‚ูŽุงุนูุฏู

Maksudnya: โ€œSiapa yang solat berdiri maka ialah yang afdhal dan siapa yang solat dalam keadaan duduk maka baginya separuh pahala solat berdiri. Dan siapa yang solat berbaring maka baginya separuh pahala solat duduk.'' [Hadis Riwayat Bukhari]

Ada pun orang yang uzur yang solat duduk maka pahalanya tidak berkurang sebagaimana dia solat berdiri ketika dia sihat.

Dari Abu Musa Al- Asyโ€™ari r.a. katanya Nabi SAW bersabda:

ุฅุฐูŽุง ู…ูŽุฑูุถูŽ ุงู„ู’ุนูŽุจู’ุฏู ุฃูŽูˆู’ ุณูŽุงููŽุฑูŽ ูƒูุชุจ ู…ูุซู’ู„ู ู…ูŽุง ูƒูŽุงู†ูŽ ูŠูŽุนู’ู…ูŽู„ู ู…ูู‚ููŠู…ู‹ุง ุตูŽุญููŠุญู‹ุง

Maksudnya: โ€œApabila seorang itu sakit atau dalam musafir nescaya ditulis pahala seperti dia kerjakannya ketika sedang mukim dan sihat.โ€ [Hadis Riwayat Bukhari]

Wallahuaโ€™lam

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@bertabahlahati
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Adakah benar orang lelaki boleh memakai sutera ketika ditimpa penyakit kerana ada orang yang berkata seperti ini?

JAWAPAN: Hukum asalnya diharamkan atas kaum lelaki memakai pakaian yang diperbuat dari sutera tetapi diharuskan memakainya pada beberapa keadaan. Antaranya ialah ketika ditimpa penyakit.

Anas r.a. meriwayatkan:

ุฃู†ู‘ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ูŽ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ู ูˆูŽุณู„ู… ุฑูŽุฎู‘ูŽุตูŽ ู„ูุนูŽุจู’ุฏู ุงู„ุฑู‘ูŽุญู’ู…ุงู†ู ุจู†ู ุนูŽูˆู’ูู ูˆุงู„ุฒู‘ูุจูŽูŠู’ุฑู ูููŠ ู‚ูŽู…ููŠุตู ู…ูู†ู’ ุญูŽุฑููŠุฑู ู…ูู†ู’ ุญููƒู‘ูŽุฉู ูƒุงู†ูŽุชู’ ุจูู‡ูู…ูŽุง

Maksudnya: ''Sungguhnya Nabi SAW mengharuskan bagi Abdul Rahman bin โ€˜Auf dan Az-Zubair memakai baju yang diperbuat dari sutera dari sebab sakit kulit yang menimpa keduanya.โ€ [Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim]

Apabila benang sutera lebih sedikit dari benang yang lain.

Para ulama menyebutkan keharaman sutera atas kaum laki-laki apabila seluruh pakaiannya terbuat dari sutera. Jika hanya sedikit atau sebahagian kecil adalah sutera dan yang lain bukan dari sutera maka diharuskan memakainya.

Sungguhnya Umar bin Al-Khttab r.a. berkata:

ู†ูŽู‡ูŽู‰ ู†ูŽุจููŠู‘ู ุงู„ู„ู‡ู ุตูŽู„ู‘ูŽู‰ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู‘ูŽู…ูŽ ุนู† ู„ูุจู’ุณู ุงู„ุญูŽุฑููŠุฑู ุฅู„ู‘ูŽุง ู…ูŽูˆู’ุถูุนูŽ ุฅุตู’ุจูŽุนูŽูŠู’ู†ูุŒ ุฃูŽูˆู’ ุซูŽู„ูŽุงุซูุŒ ุฃูŽูˆู’ ุฃูŽุฑู’ุจูŽุนู

Maksudnya: โ€œTelah melarang oleh Nabi SAW dari memakai pakaian sutera melainkan sekadar dua jari atau tiga jari atau empat jari.โ€ [Hadis Riwayat Muslim]

Sebahagian fuqahak mazhab Syafie dan Hanbali menyatakan jika benang sutera lebih berat dari benang yang lain pada pakaian tersebut maka dikira sutera lebih banyak dan hukumnya adalah haram.

Wallahuaโ€™lam

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@bertabahlahati
SOAL JAWAB AGAMA


SOALAN: 1) Adakah sah solat subuh tanpa membaca doa qunut?

2) Mohon disertakan dalil membaca qunut ketika solat subuh
โ€ข kerana ada orang mengatakan qunut subuh ini tidak ada hadisnya.

JAWAPAN: Membaca doa qunut ketika solat subuh adalah sunat abโ€™ad yakni sunat yang besar pahalanya. Tetapi jika tidak membacanya maka solatnya tetap sah kerana membaca doa qunut bukannya rukun solat atau syarat sahnya solat.

Jika seorang itu tertinggal membaca doa qunut maka disunatkan ia sujud sahwi sebelum salam.

Dan jika tertinggal juga sujud sahwi tersebut maka solatnya itu tetap sah.

Imam Tirmizi meriyatkan dalam sunannya telah berkata Sufyan At-Sauri:

ุฅูู†ู’ ู‚ูŽู†ูŽุชูŽ ูููŠ ุงู„ููŽุฌู’ุฑู ููŽุญูŽุณูŽู†ูŒุŒ ูˆูŽุฅูู†ู’ ู„ูŽู…ู’ ูŠูŽู‚ู’ู†ูุชู’ ููŽุญูŽุณูŽู†ูŒ

Maksudnya: โ€œJika seorang itu membaca doa qunut pada solat subuh makai adalah elok dan jika dia tidak membacanya maka ia adalah harus (yakni sah solatnya).โ€

Antara dalil doa qunut ketika solat subuh ialah:

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata Al-Imam Ahmad bin Hanbal meriwayatkan dalam kitab musnadnya:

ู…ูŽุง ุฒูŽุงู„ ุฑูŽุณููˆู„ ุงู„ู„ู‘ูŽู‡ู ูŠูŽู‚ู’ู†ูุชู ูููŠ ุงู„ู’ููŽุฌู’ุฑู ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ููŽุงุฑูŽู‚ูŽ ุงู„ุฏู‘ูู†ู’ูŠูŽุง

Maksudnya: โ€œRasulullah SAW sentiasa membaca qunut pada solat subuh hingga baginda wafat.โ€

Dan diriwayatkan dari Anas bin Malik r.a. katanya:

ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ูŽ ู‚ูŽู†ูŽุชูŽ ุดูŽู‡ู’ุฑู‹ุง ูŠูŽุฏู’ุนููˆ ุนูŽู„ูŽูŠู’ู‡ูู…ู’ ุซูู…ู‘ูŽ ุชูŽุฑูŽูƒูŽู‡ูŽ ููŽุฃูŽู…ู‘ูŽุง ูููŠ ุงู„ุตู‘ูุจู’ุญู ููŽู„ูŽู…ู’ ูŠูŽุฒูŽู„ู’ ูŠูŽู‚ู’ู†ูุชู ุญูŽุชู‰ู‘ูŽ ููŽุงุฑูŽู‚ูŽ ุงู„ุฏู‘ูู†ู’ูŠูŽุง

Maksudnya: โ€œSungguhnya Nabi SAW membaca qunut selama sebulan mendoakan ke atas mereka kemudian meninggalkannya. Dan ada pun pada solat subuh maka Nabi SAW sentiasa membaca qunut sehingga baginda meninggalkan dunia.โ€ [Hadis Riwayat Baihaqi]

Para ulamak berbeza pendapat dalam pada hadis tersebut.

Wallahuaโ€™lam

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@bertabahlahati
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Apakah hukumnya saya membeli ayam laga tapi bukan untuk berlaga hanya kerana suka melihat kecantikannya?

JAWAPAN: Dalam masalah laga binatang seperti laga ayam yang diharamkan itu bukannya binatang tersebut tetapi perbuatan melagakannya.

Oleh itu siapa yang menjual ayam laga atau membelinya maka hukumnya bergantung kepada tujuan jual beli tersebut.

Jika jual beli kerana tujuan dilagakannya maka hukumnya adalah haram dan jika bukan bertujuan melagakannya seperti hanya kerana suka melihatnya maka hukumnya adalah harus.

Tersebut pada kitab Raudhatut Tholib:

ููŽู„ูŽูˆู’ ุจูŽุงุนูŽ ุงู„ู’ุนูู†ูŽุจูŽ ู…ูู…ู‘ูŽู†ู’ ูŠูŽุชู‘ูŽุฎูุฐูู‡ู ุฎูŽู…ู’ุฑู‹ุง) ุจูุฃูŽู†ู’ ูŠูŽุนู’ู„ูŽู…ูŽ ุฃูŽูˆู’ ูŠูŽุธูู†ู‘ูŽ ู…ูู†ู’ู‡ู โ€ฆ (ูˆูŽู†ูŽุญู’ูˆู ุฐูŽู„ููƒูŽ) ู…ูู†ู’ ูƒูู„ู‘ู ุชูŽุตูŽุฑู‘ููู ูŠููู’ุถููŠ ุฅู„ูŽู‰ ู…ูŽุนู’ุตููŠูŽุฉู ูƒูŽุจูŽูŠู’ุนู ุงู„ุฑู‘ูŽุทู’ุจู ู…ูู…ู‘ูŽู†ู’ ูŠูŽุชู‘ูŽุฎูุฐูู‡ู ู†ูŽุจููŠุฐู‹ุง ูˆูŽุจูŽูŠู’ุนู ุฏููŠูƒู ุงู„ู’ู‡ูุฑูŽุงุดู ูˆูŽูƒูŽุจู’ุดู ุงู„ู†ู‘ูุทูŽุงุญู ู…ูู…ู‘ูŽู†ู’ ูŠูุนูŽุงู†ููŠ ุฐูŽู„ููƒูŽ (ุญูŽุฑูู…ูŽ) ู„ูุฃูŽู†ู‘ูŽู‡ู ุชูŽุณูŽุจู‘ูุจูŒ ุฅู„ูŽู‰ ู…ูŽุนู’ุตููŠูŽุฉู

Maksudnya: โ€œDan bersamaan hukumnya yang demikian itu segala yang digunakan untuk berbuat maksiat seperti jual beli kurma dari orang yang mahu membuat arak dan jual beli ayam dan kambing laga bertujuan buat laga maka hukumnya haram kerana sungguhnya ia jadi sebab kepada maksiat.โ€ [Juz 8, m/s:68]

Allah SWT berfirman:

ูˆูŽู„ูŽุง ุชูŽุนูŽุงูˆูŽู†ููˆุง ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ู’ุฅูุซู’ู…ู ูˆูŽุงู„ู’ุนูุฏู’ูˆูŽุงู†ู

Maksudnya: โ€œJangan kamu semua saling membantu dalam perbuatan dosa dan permusuhan.โ€ [Surat Al-Maidah: 2]

Oleh itu terjawab persoalan jika membeli ayam laga hanya kerana kecantikannya bukan untuk berlaga maka ia adalah harus.

Wallahuaโ€™lam

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@bertabahlahati
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Adakah wajib dibasuh dahulu jika kita membeli pakaian baru atau boleh dipakai tanpa dibasuh terlebih dahulu?

JAWAPAN: Tidak wajib membasuh pakaian yang baru dibeli sebelum memakainya jika tiada ada tanda atau kesan yang ia terkena najis atau suatu yang memudaratkan.

Ini kerana kaedah yang berbunyi :

ุงู„ู’ุฃูŽุตู’ู„ู ูููŠ ุงู„ู’ุฃูŽุดู’ูŠูŽุงุกู ุงู„ู’ุฅูุจูŽุงุญูŽุฉู ุญูŽุชู‘ูŽู‰ ูŠูŽุฏูู„ู‘ูŽ ุงู„ุฏู‘ูŽู„ููŠู„ู ุนูŽู„ูŽู‰ ุงู„ุชู‘ูŽุญู’ุฑููŠู…

Maksudnya: โ€œBermula asal bagi setiap suatu itu adalah harus sehingga menunjuk oleh dalil atas diharamkannya.โ€

Tetapi adalah elok dibasuh terlebih dahulu sebelum memakainya kerana biasanya baju yang baru keluar dari kilang bercampur dengan pelbagai bahan kimia dan asid ketika proses pembuatannya seperti bahan kimia yang bertujuan memberi ketahanan kepada warna pakaian dan kain yang disimpan lama di kilang sebelum dijahit terkadang terdedah kepada kotoran.

Wallahuaโ€™lam

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@bertabahalahati
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Adakah diwajibkan seseorang itu ada wuduk kalau dia mahu membaca Quran atau berzikir?

JAWAPAN: Tidak diwajibkan mempunyai wuduk jika seseorang itu hendak membaca Quran dengan syarat ia tidak menyentuh Quran ketika membacanya.

Hanya diwajibkan atas yang ingin membaca Quran itu ia suci dari hadas besar seperti janabah atau haid.

Tetapi yang afdhal bagi yang mahu membaca Quran itu ia mengambil wuduk kerana dengan ada wuduk ia dapat menyentuhnya dan dapat pahala berwuduk.

Tersebut pada kitab Al-Futuhat Ar-Rabbaniah:

ู‚ุงู„ ููŠ ุงู„ู…ุฌู…ูˆุน ุฅุฌู…ุงุน ุงู„ู…ุณู„ู…ูŠู† ุนู„ู‰ ุฌูˆุงุฒ ู‚ุฑุงุกุฉ ุงู„ู‚ุฑุขู† ู„ู„ู…ุญุฏุซ ูˆุงู„ุฃูุถู„ ุฃู† ูŠุชุทู‡ุฑ ู„ู‡ุง

Maksudnya: โ€œTelah berkata Imam Nawawi dalam kitab Al-Majmuโ€™ telah ijmak sekelian orang Islam atas harus baca Quran bagi yang berhadas kecil. Dan yang afdhalnya ialah bersuci ia (berwuduk) bagi membaca Quran.โ€ Tetapi jika seorang yang tidak ada wuduk itu ia baca juga akan Quran maka ianya adalah harus tanpa makruh.

Berkata Imam Ghazali:

ูˆู„ุง ู†ู‚ูˆู„ ู‚ุฑุงุกุฉ ุงู„ู…ุญุฏุซ ู…ูƒุฑูˆู‡ุฉ

Maksudnya: โ€œDan tidak kami mengatakan membaca Quran tanpa wuduk itu makruh.โ€ [Kitab Al-Basith]

Dan begitu juga dengan berzikir maka tidak disyaratkan seorang yang hendak berzikir itu mempunyai wuduk dan sekalipun atas orang yang berhadas besar seperti haid dan janabah.

Berkata Imam Nawawi:

ุฃุฌู…ุน ุงู„ุนู„ู…ุงุก ุนู„ู‰ ุฌูˆุงุฒ ุงู„ุฐูƒุฑ ุจุงู„ู‚ู„ุจ ูˆุงู„ู„ุณุงู† ู„ู„ู…ุญุฏุซ ูˆุงู„ุฌู†ุจ ูˆุงู„ุญุงุฆุถ ูˆุงู„ู†ูุณุงุกุŒ ูˆุฐู„ูƒ ููŠ ุงู„ุชุณุจูŠุญ ูˆุงู„ุชู‡ู„ูŠู„ ูˆุงู„ุชุญู…ูŠุฏ ูˆุงู„ุชูƒุจูŠุฑ ูˆุงู„ุตู„ุงุฉ ุนู„ู‰ ุฑุณูˆู„ ุงู„ู„ู‡ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ูˆุงู„ุฏุนุงุก ูˆุบูŠุฑ ุฐู„ูƒ

Maksudnya: โ€œTelah ijmak oleh ulamak atas harus berzikir dengan hati atau lisan bagi yang berhadas kecil atau yang junub atau yang sedang haid dan nifas. Zikir tersebut termasuk tasbih dan tahlil dan tahmid dan takbir dan selawat atas Nabi SAW dan berdoa dan yang lain dari yang demikian itu.โ€ [Kitab Al-Azkaar]

Dan seperti mana membaca Quran maka adalah orang yang berzikir itu afdhal dalam keadaan bersuci dari hadas.

Wallahuaโ€™lam

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@bertabahlahati
SOAL JAWAB JAWAB

SOALAN: Apakah sah solat seseorang yang di dalam mulutnya ada sisa makanan atau ada pada lidahnya rasa makanan atau minuman?

JAWAPAN: Diantara perkara yang boleh membatalkan solat ialah menelan suatu benda samada makanan atau minuman atau lainnya.

Ada pun jika sisa makanan ada didalam mulutnya ketika dia mengerjakan solat atau ada pada lidahnya rasa makanan atau rasa minuman dan tidak ia telannya maka tidaklah batal solatnya itu.

Jika dengan sengaja ia telan sisa makanan tersebut sekalipun sedikit atau air liurnya ada rasa makanan atau rasa minuman lalu ia telan air liurnya itu maka batal solatnya.

Telah menyebut oleh Syeikh Sulaiman Al-Jamal:

ุฃูŽู…ู‘ูŽุง ู…ูุฌูŽุฑู‘ูŽุฏู ุงู„ุทู‘ูŽุนู’ู…ู ุงู„ู’ุจูŽุงู‚ููŠ ู…ูู†ู’ ุฃูŽุซูŽุฑู ุงู„ุทู‘ูŽุนูŽุงู…ู ููŽู„ุง ุฃูŽุซูŽุฑูŽ ู„ูŽู‡ู ู„ุงู†ู’ุชูููŽุงุกู ูˆูุตููˆู„ู ุงู„ู’ุนูŽูŠู’ู†ู ุฅู„ูŽู‰ ุฌูŽูˆู’ููู‡ู ูˆูŽู„ูŽูŠู’ุณูŽ ู…ูุซู’ู„ู ุฐูŽู„ููƒูŽ ุงู„ุฃูŽุซูŽุฑู ุงู„ู’ุจูŽุงู‚ููŠ ุจูŽุนู’ุฏูŽ ุงู„ู’ู‚ูŽู‡ู’ูˆูŽุฉู ู…ูู…ู‘ูŽุง ูŠูุบูŽูŠู‘ูุฑู ู„ูŽูˆู’ู†ูŽู‡ู ุฃูŽูˆู’ ุทูŽุนู’ู…ูŽู‡ู ููŽูŠูŽุถูุฑู‘ู ุงุจู’ุชูู„ูŽุงุนูู‡ู ู„ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุชูŽุบูŽูŠู‘ูุฑูŽ ู„ูŽูˆู’ู†ูู‡ู ูŠูŽุฏูู„ู‘ู ุนูŽู„ูŽู‰ ุฃูŽู†ู‘ูŽ ุจูู‡ู ุนูŽูŠู’ู†ู‹ุง

Maksudnya: โ€œAda pun sisa makanan yang berbaki dalam mulut itu tidak membatalkan solat kerana tidak sampai ia ke dalam perut. Dan tidak sama umpama yang demikian itu sisa yang tinggal kemudian dari minum kopi dari barang yang mengubah warna air liur atau mengubah rasa air liur maka bolih memberi mudarat menelannya dari kerana berubah warna air liur itu menunjukkan atas ada padanya juzuk makanan.โ€ [Hasyiah Al-Jamal โ€˜ala Al-Minhaj]

Sebaiknya ia bersihkan dulu mulutnya sebelum memulakan solat selepas makan atau minum kerana itulah sunat berkumur sebelum solat.

Kesimpulannya jika sisa makanan itu kekal dalam mulutnya tiada ditelannya sepanjang ia melakukan solat maka solatnya sah dan tidak batal.

Setengah ulamak menyebut dalam kitab-kitab mereka sunat diludah akan sisa makanan yang ada di dalam mulut ketika sedang melakukan solat.

Wallahuaโ€™lam

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@bertabahlahati
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Apabila seorang yang berbalut dahinya sebab luka adakah sah sujudnya kerana syarat sah sujud itu hendaklah dahinya terbuka tanpa berlapik ketika ia sujud?

JAWAPAN: Bermula syarat sah sujud itu hendaklah sujud dengan dahi ke lantai dalam keadaan dahi terbuka tidak berlapik dengan suatu seperti serban atau kain atau lengan baju dan seumpamanya.

Ada pun bagi seorang yang ada balutan pada dahinya sebab luka maka jika balutan itu boleh dibuka sekejap untuk bersolat maka wajib dibuka atau pun balutan itu tidak menutup sekelian dahi maka hendaklah ia sujud kenakan ke lantai bahagian dahi yang tidak tertutup itu.

Jika balutan itu tidak boleh dibuka dan balutan itu menutup semua bahagian dahi maka sah ia sujud dalam keadaaan berlapik dengan pembalut seperti itu sebagai satu kelonggaran baginya.

Dan jika tidak mampu kenakan dahi berbalut itu ke lantai sebab sakit maka memadai tunduk kepala sahaja ketika sujud.

Berkata Imam Taqiyudin Al-Hushni:

ู„ูˆ ูƒุงู† ุนู„ู‰ ุฌุจู‡ุชู‡ ุฌุฑุงุญุฉ ูˆุนุตุจู‡ุง ูˆุณุฌุฏ ุนู„ู‰ ุงู„ุนุตุงุจุฉ ุฃุฌุฒุฃู‡ ูˆู„ุง ู‚ุถุงุก ุนู„ูŠู‡ ุนู„ู‰ ุงู„ู…ุฐู‡ุจ ู„ุฃู†ู‡ ุฅุฐุง ุณู‚ุทุช ุงู„ุฅุนุงุฏุฉ ู…ุน ุงู„ุฅูŠู…ุงุก ุจุงู„ุณุฌูˆุฏ ูู‡ู†ุง ุฃูˆู„ู‰ ูˆู„ูˆ ุนุฌุฒ ุนู† ุงู„ุณุฌูˆุฏ ู„ุนู„ุฉ ุฃูˆู…ุฃ ุจุฑุฃุณู‡ ูุฅู† ุนุฌุฒ ูุจุทุฑูู‡ ูˆู„ุง ุฅุนุงุฏุฉ ุนู„ูŠู‡ ูˆุงู„ู„ู‡ ุฃุนู„ู…

Maksudnya: โ€œJikalau adalah atas dahinya luka yang berbalut dan sujud ia atas pembalut itu maka sah ia dan tiada perlu qadha lagi atasnya atas pendapat mazhab kerana sungguhnya apabila tidak perlu qadha bagi yang sujud dengan isyarat maka masalah disini lebih utama lagi. Dan jikalau lemah seorang dari sujud kerana sakit hendaklah ia sujud dengan menundukkan kepalanya. Dan jika tidak mampu tundukkan kepala maka isyarat dengan gerakan mata adalah memadai dan tidak ada qadha atasnya.โ€ [Kitab Kifayatul Akhyar]

Wallahuaโ€™lam

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@bertabahlahati
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Selepas seseorang selesai mandi hadas baru tersedar ada sedikit dibahagian tepi kepalanya tidak terkena air mandian.

1) Soalannya adakah kena ulang semula mandi kerana sedikit sangat yang tidak kena air itu?

2) Jika sedar selepas solat pula macamana nak buat?

JAWAPAN: Antara syarat sah mandi hadas ialah rata sekelian badan yang zahir dengan air. Oleh itu, jika ada bahagian badan sama ada kulit atau rambut atau bulu-bulu badan yang tidak kena air maka mandi tersebut adalah tidak sah.

Diriwayatkan dari Aisyah r.a. menceritakan sifat mandi Rasulullah SAW dengan katanya:

ุซู…ู‘ูŽ ุบุณูŽู„ ุณุงุฆูุฑูŽ ุฌูŽุณูŽุฏูู‡

Maksudnya: โ€œKemudian Nabi saw membasuh sekelian bahagian tubuhnya.โ€ [Hadis Riwayat Bukhari]

Berkata Imam Shonโ€™ani:

ูˆุงู„ุญุฏูŠุซู ุฏู„ูŠู„ูŒ ุนู„ู‰ ุฃู†ู‘ูŽู‡ ูŠุฌูุจู ุบูŽุณู„ู ุฌู…ูŠุนู ุงู„ุจูŽุฏูŽู† ููŠ ุงู„ุฌู†ุงุจุฉุŒ ูˆู„ุง ูŠูุนููŽู‰ ุนู† ุดูŠุกู ู…ู†ู‡

Maksudnya: โ€œDan hadis ini menjadi dalil atas wajibnya membasuh sekelian badan pada mandi janabah dan tiada dimaafkan meninggalkan sedikit pun darinya.โ€ [Kitab Subulussalam]

Berkata Dr Wahbah Zuhaili:

ูˆู‚ุฏ ุฃูˆุฌุจ ุงู„ุนู„ู…ุงุก ููŠ ุงู„ุบุณู„ ู…ุง ูŠุฃุชูŠ
ุชุนู…ูŠู… ุงู„ุฌุณุฏ ุดุนุฑู‡ ูˆุจุดุฑู‡ ุจุงู„ู…ุงุก ุงู„ุทู‡ูˆุฑ: ู‡ุฐุง ู…ุชูู‚ ุนู„ูŠู‡ ุจูŠู† ุงู„ูู‚ู‡ุงุกุŒ ููŠุฌุจ ุชุนู…ูŠู… (ุฃูˆ ุฅุนู…ุงู… ูˆู‡ูˆ ุงู„ุฃุตุญ) ุงู„ุดุนุฑ ูˆุงู„ุจุดุฑุฉ ุจุงู„ู…ุงุก ู…ุฑุฉ ูˆุงุญุฏุฉุŒ ุญุชู‰ ู„ูˆ ุจู‚ูŠุช ุจู‚ุนุฉ ูŠุณูŠุฑุฉ ู„ู… ูŠุตุจู‡ุง ุงู„ู…ุงุกุŒ ูŠุฌุจ ุบุณู„ู‡ุง

Maksudnya: โ€œSungguhnya telah mewajibkan oleh para ulamak pada mandi hadas itu meratakan air yang suci pada badan yaitu pada bulu dan kulit.

Ini telah sepakat atasnya antara segala ulamak fiqah. Maka wajib meratakan mengikut pendapat yang paling sahih segala bulu badan dan badan dengan air sekurangnya sekali sehingga jika ada tinggal kawasan yang sedikit sekalipun tidak sampai padanya air maka wajiblah membasuhnya.โ€ [Al-Fiqh Al-Islami]

Jika selepas solat baru sedar ada bahagian badan yang tidak kena air maka wajib ulangi mandi kemudian mengulangi solat tersebut kerana solat yang pertama tadi adalah tidak sah kerana tidak sempurna satu syarat sah solat yaitu suci badan dari hadas. Mandi yang tidak rata air tidak dikira sebagai mandi yang sah.

Wallahuaโ€™lam

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@bertabahlahati
Kalau kita asyik risaukan dunia, mungkin itu tanda kegelapan hati pada diri kita. Tapi kalau kita risaukan akhirat, itu adalah cahaya bagi hati kita.โค๏ธ

@bertabahlahati
Buat adik adik batch 03 , hari Khamis ini adalah penentu kita , doakan yang terbaik , jika itu kamu dapat itu adalah rezeki mu , jangan pernah mengeluh dan pertikaikan rezeki tersebut . All the best adik adik SPM โค๏ธ

@bertabahlahati
Ada 3 sebab bila kita diuji,

1. Sebagai penebus dosa
2. Memberi pahala kepada kita
3. Meninggilkan darjat kita

@bertabahlahati
normalize avoiding people who aren't good for your mental health

@bertabahlahati
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Ketika membaca surah Fatihah dalam sembahyang jika seorang itu tersalah menukar huruf atau barisnya adakah sah sembahyangnya?

JAWAPAN: Membaca Fatihah adalah rukun solat maka wajib dibaca dengan bacaan yang betul iaitu betul segala hurufnya dan barisnya.

Jika tersalah menukar hurufnya atau barisnya maka wajiblah ia mengulangi semula dengan membaca huruf dan baris yang betul.

Jika tidak diulangi membaca yang betul maka solatnya adalah tidak sah kerana dikira tidak membaca Fatihah.

Berkata Dr Wahbah Zuhaili:

ูˆูŠุดุชุฑุท ููŠ ุงู„ู‚ุฑุงุกุฉ: ุนุฏู… ุงู„ู„ุญู† ุงู„ู…ุฎู„ ุจุงู„ู…ุนู†ู‰ ูƒุถู… ุชุงุก: ุฃู†ุนู…ุชุŒ ุฃูˆ ูƒุณุฑู‡ุง ู…ู…ู† ูŠู…ูƒู†ู‡ ุงู„ุชุนู„ู…ุŒ ูˆูƒู‚ุฑุงุกุฉ ุดุงุฐุฉ: ูˆู‡ูŠ ุบูŠุฑ ุงู„ุณุจุนุฉ ุฅู† ุบูŠุฑุช ุงู„ู…ุนู†ู‰ ูƒู‚ุฑุงุกุฉ {ุฅู†ู…ุง ูŠุฎุดู‰ ุงู„ู„ู‡ ู…ู† ุนุจุงุฏู‡ ุงู„ุนู„ู…ุงุก} [ูุงุทุฑ:28/ 35] ุจุฑูุน ุงู„ุฃูˆู„ ูˆู†ุตุจ ุงู„ุซุงู†ูŠุŒ ุฃูˆ ุฒุงุฏุช ูˆู„ูˆ ุญุฑูุงู‹ ุฃูˆ ู†ู‚ุตุชุŒ ูู…ุชู‰ ูุนู„ ุดูŠุฆุงู‹ ู…ู† ุฐู„ูƒ ุจุทู„ุช ู‚ุฑุงุกุชู‡

Maksudnya: โ€œDan disyaratkan pada bacaan itu tiada ia salah yang mencederakan makna seperti dibaca anโ€™amtu atau anโ€™amti bagi orang yang mampu belajar. Dan seperti bacaan yang ganjil yang bukan dari qiraat yang tujuh yang mengubah akan makna ayat seperti ayat dari surah Fathir ayat 35 dibaca dhammah lafaz Allah dan nasab lafaz ulamak. Atau menambah ia akan satu huruf atau dibuang satu huruf. Maka bila masa sahaja dibaca begitu nescaya batal bacaannya.โ€ [Kitab Al-Fiqh Al-Islami]

Kesimpulannya hendaklah orang yang solat membaca Fatihah dengan bacaan yang betul yaitu dipelihara segala huruf dan barisnya.

Jika tersalah ia membaca pada salah satu ayat Fatihah maka wajib dia ulangi ayat tersebut dengan bacaan yang betul.

Tidak mengulangi bacaan yang salah dengan bacaan yang betul akan menyebabkan Fatihahnya tidak sah dan jadilah solatnya juga tidak sah.

Wallahuaโ€™lam

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@bertabahlahati
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Apakah hukumnya seorang yang sedang berada dalam tandas berzikir akan Allah?

JAWAPAN: Antara adab ketika berada di dalam tandas atau tempat membuang najis ialah tidak membaca dengan lisan akan Quran atau zikir atau doa atau yang seumpamanya kerana memuliakan sekelian yang tersebut itu. Dan tiada mengapa jika dia tuturkan di dalam hati.

Berkata Imam Ibnul Munzir:

ูˆู‚ุงู„ ุนูƒุฑู…ุฉ ู„ุง ูŠุฐูƒุฑ ุงู„ู„ู‡ ูˆู‡ูˆ ุนู„ู‰ ุงู„ุฎู„ุงุก ุจู„ุณุงู†ู‡ ูˆู„ูƒู† ุจู‚ู„ุจู‡ .

Maksudnya: โ€œDan telah berkata olih Ikrimah orang yang sedang berada di dalam tandas itu tidak berzikir akan Allah dengan lisannya akan tetapi harus dengan hatinya.โ€ [Kitab Al-Awsath]

Berkata Syeikh Ahmad Mamduh Ahli Majlis Fatwa Negeri Mesir:

ุงู„ุฅู†ุณุงู† ุฅุฐุง ุฐูƒุฑ ุงู„ู„ู‡ ุชุนุงู„ู‰ ูู‰ ุงู„ุญู…ุงู… ูู„ู… ูŠูƒู† ู‚ุฏ ุงุฑุชูƒุจ ุญุฑุงู…ุง ูˆุฅู†ู…ุง ุงุฑุชูƒุจ ู…ูƒุฑูˆู‡ุง ู„ุฃู†ู‡ ู„ู… ูŠู„ูŠู‚ ุจุงู„ุชุนุธูŠู… ุงู„ูˆุงุฌุจ ู…ุน ุงุณู… ุงู„ู„ู‡ ูˆู„ูุธ ุงู„ุฌู„ุงู„ุฉ ูุงู„ุฃุฏุจ ุฎูŠุฑ ู…ู† ุงู„ุฐู‡ุจุŒ ุญูŠุซ ุฃู†ู‡ ูŠูุถู„ ุชุฌู†ุจ ุงู„ุฐูƒุฑ ูู‰ ู‡ุฐู‡ ุงู„ุฃู…ุงูƒู†.

Maksudnya: โ€œBermula manusia itu apabila zikir ia akan Allah Taala di dalam tandas maka tidaklah ia melakukan yang haram hanya ia telah melakukan yang makruh kerana sungguhnya tiada layak ia mengagungkan yang wajib serta nama Allah dan Lafzul Jalalah. Maka adab itu lebih berharga dari emas sekira-kira afdhal ia jauhkan berzikir pada tempat-tempat sebegini.โ€

Berkata Syeikh Ahmad Syarif Anโ€™Naโ€™san:

ูุงู„ุฐูู‘ูƒู’ุฑู ุจุงู„ู„ูู‘ุณูŽุงู†ู ู…ูŽูƒู’ุฑููˆู‡ูŒุŒ ู„ุฃู†ูŽู‘ ุงู„ู…ูŽูƒูŽุงู†ูŽ ุบูŽูŠุฑู ู„ุงุฆูู‚ู ู„ุฐู„ูƒูŽุŒ ูˆุฅู†ู’ ุฐูŽูƒูŽุฑูŽ ุงู„ู„ู‡ูŽ ุชุนุงู„ู‰ ุจูู‚ูŽู„ุจูู‡ู ูู„ุง ุญูŽุฑูŽุฌูŽ ุนูŽู„ูŽูŠู‡ู ุจูุฏููˆู†ู ุฃู† ูŠูŽุชูŽู„ูŽููŽู‘ุธูŽ ุจูู„ูุณูŽุงู†ูู‡ู

Maksudnya: โ€œMaka zikir dengan lidah itu makruh dari kerana tandas itu tiada layak dengan demikian itu. Dan jika ia zikir dengan hatinya maka tiada menjadi kesalahan tanpa ia berlafaz dengan lidahnya.โ€

Wallahuaโ€™lam

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@bertabahlahati
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Apakah hukumnya seorang itu mencium tangan seseorang yang lain seperti ibu bapa, ulamak dan seumpama mereka itu dari orang-orang yang mempunyai kemuliaan disisi agama?

Dan bolehkah mencium tangan pemimpin yang fasiq atau ahli maksiat atau orang kaya?

JAWAPAN: Harus hukumnya mencium tangan dua ibu bapa atau suami atau nenek moyang atau saudara mara atau orang soleh atau para ulamak atau yang hafal Quran dan lain dari mereka itu dari kalangan yang mulia di sisi agama dan mempunyai ilmu dan kelebihan.

Diriwayatkan daripada Usamah bin Syarik r.a. berkata ia:

ู‚ู…ู†ุง ุฅู„ู‰ ุงู„ู†ุจูŠ ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ูู‚ุจู‘ูŽู„ู†ุง ูŠุฏ

Maksudnya: โ€œKami telah datang kepada Nabi SAW dan kami mencium akan tangan baginda.โ€ [Diriwayatkan oleh Abu Bakr bin Muqriโ€™ pada Bab Cium Tangan dan berkata Al-Hafiz Imam Ibnu Hajar: Sanadnya Kuat: Kitab Fathul Baari]

Daripada Tamim bin Salamah katanya:

ู„ูŽู…ู‘ูŽุง ู‚ูŽุฏูู…ูŽ ุนูู…ูŽุฑู ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ู ุงู„ุดู‘ูŽุงู…ูŽ ุงุณู’ุชูŽู‚ู’ุจูŽู„ูŽู‡ู ุฃูŽุจููˆ ุนูุจูŽูŠู’ุฏูŽุฉูŽ ุจู’ู†ู ุงู„ู’ุฌูŽุฑู‘ูŽุงุญู ุฑูŽุถููŠูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุนูŽู†ู’ู‡ูุŒ ููŽู‚ูŽุจู‘ูŽู„ูŽ ูŠูŽุฏูŽู‡ูุŒ ุซูู…ู‘ูŽ ุฎูŽู„ูŽูˆู’ุง ูŠูŽุจู’ูƒููŠูŽุงู†ู". ู‚ูŽุงู„ูŽ: ููŽูƒูŽุงู†ูŽ ูŠูŽู‚ููˆู„ู ุชูŽู…ููŠู…ูŒ: "ุชูŽู‚ู’ุจููŠู„ู ุงู„ู’ูŠูŽุฏู ุณูู†ู‘ูŽุฉูŒ

Maksudnya: โ€œTatkala Umar r.a. tiba ke negeri Syam telah mengadap akan beliau oleh Abu Ubaidah bin Jarrah r.a. kemudian mencium tangan Umar lalu menangis keduanya. Kemudian Tamim berkata: Bermula cium tangan itu satu Sunnah.โ€ [Riwayat Al-Baihaqi dalam kitab Sunan Kubra]

Ada pun mencium tangan pemimpin yang jahat atau fasiq dan ahli bidaah atau ahli maksiat atau orang-orang kaya maka dilarang.

Berkata Imam Nawawi:

ูŠูุณุชุญุจ ุชู‚ุจูŠู„ ูŠุฏ ุงู„ุฑุฌู„ ุงู„ุตุงู„ุญุŒ ูˆุงู„ุฒุงู‡ุฏุŒ ูˆุงู„ุนุงู„ู…ุŒ ูˆู†ุญูˆู‡ู… ู…ู† ุฃู‡ู„ ุงู„ุขุฎุฑุฉุŒ ูˆุฃู…ุง ุชู‚ุจูŠู„ ูŠุฏู‡ ู„ุบู†ุงู‡ ูˆุฏู†ูŠุงู‡ ูˆุดูˆูƒุชู‡ ูˆูˆุฌุงู‡ุชู‡ ุนู†ุฏ ุฃู‡ู„ ุงู„ุฏู†ูŠุง ุจุงู„ุฏู†ูŠุง ูˆู†ุญูˆ ุฐู„ูƒ ูู…ูƒุฑูˆู‡ ุดุฏูŠุฏ ุงู„ูƒุฑุงู‡ุฉุŒ ูˆู‚ุงู„ ุงู„ู…ุชูˆู„ูŠ: ู„ุง ูŠุฌูˆุฒ

Maksudnya: โ€œDisunatkan mencium tangan orang yang soleh dan yang zuhud dan yang alim dan seumpama mereka itu dari kalangan ahli akhirat. Dan adapun mencium tangan seseorang kerana kayanya dan kerana dunianya dan kekuasaannya dan menariknya disisi ahli dunia dengan keduniaan dan umpama yang demikian itu maka dibenci dengan sangat-sangat kebencian. Berkata Imam Mutawali : Tidak harus ia.โ€ [Kitab Al-Majmuโ€™ jlid 4 m.s. 636]

Wallahuaโ€™lam

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@bertabahlahati
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Apakah hukumnya mengerjakan solat sunat qabliyah pada hari jumaat? Adakah ia sunat atau dilarang?

JAWAPAN: Solat sunat qabliyah jumaat adalah sunat hukumnya sebagaimana hari-hari yang lain.

Diriwayatkan daripada Abdullah bin Mughaffal r.a. katanya:

ู‚ูŽุงู„ูŽ ุงู„ู†ู‘ูŽุจููŠู‘ู ุตู„ู‰ ุงู„ู„ู‡ ุนู„ูŠู‡ ูˆุณู„ู… ‏ โ€œ‏ ุจูŽูŠู’ู†ูŽ ูƒูู„ู‘ู ุฃูŽุฐูŽุงู†ูŽูŠู’ู†ู ุตูŽู„ุงูŽุฉูŒ ุจูŽูŠู’ู†ูŽ ูƒูู„ู‘ู ุฃูŽุฐูŽุงู†ูŽูŠู’ู†ู ุตูŽู„ุงูŽุฉูŒ ู€ ุซูู…ู‘ูŽ ู‚ูŽุงู„ูŽ ูููŠ ุงู„ุซู‘ูŽุงู„ูุซูŽุฉู ู€ ู„ูู…ูŽู†ู’ ุดูŽุงุกูŽ ‏โ€โ€Œ‏.‏

Maksudnya: Rasulullah SAW bersabda: Pada setiap antara dua azan itu ada solat sunat. Pada setiap antara dua azan itu ada solat sunat. Pada kali yang ketiga baginda bersabda : Iaitu bagi siapa yang hendak kerjakan. [Hadis Imam Bukhari no 627]

Maksud antara dua azan itu ialah antara azan dan iqamat.

Dan kata Imam Nawawi:

ูˆุฃู…ุง ุงู„ุณู†ุฉ ู‚ุจู„ู‡ุง ูุงู„ุนู…ุฏุฉ ููŠู‡ุง ุญุฏูŠุซ ุนุจุฏ ุงู„ู„ู‡ ุจู† ู…ุบูู„ ุงู„ู…ุฐูƒูˆุฑ

Maksudnya: โ€œAdapun sunat solat sebelum jumaat itu sandarannya ialah hadis Abdullah bin Mughaffal r.a. yang tersebut ini.โ€ [Al-Majmu' Sayarah Al-Muhazzab]

Wallahua'lam

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@bertabahlahati
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Apakah hukumnya melintas di depan orang yang sedang sembahyang?

JAWAPAN: Haram hukumnya melintas di depan orang yang sedang sembahyang kerana Rasulullah SAW melarang akan perbuatan tersebut.

Rasulullah SAW bersabda:

ู„ูˆ ูŠุนู„ู… ุงู„ู…ุงุฑ ุจูŠู† ูŠุฏู‰ ุงู„ู…ุตู„ู‰ ู…ุงุฐุง ุนู„ูŠู‡ ู„ูƒุงู† ุฃู† ูŠู‚ู ุฃุฑุจุนูŠู† ุฎูŠุฑุง ู„ู‡ ู…ู† ุฃูŠู† ูŠู…ุฑ ุจูŠู† ูŠุฏูŠู‡

Maksudnya: โ€œKalau orang yang lalu di depan orang yang sedang sembahyang itu tahu akan dosanya nescaya dia sanggup berdiri disitu selama empat puluh tahun tanpa melintasinya.โ€ [Hadis Riwayat Bukhari.

Tempat haramnya melintas itu ialah apabila orang yang sembahyang itu menggunakan sutrah. Adapun jika dia tidak menggunakan sutrah maka tidak haram melintasinya.

Sutrah ialah suatu benda yang menjadi sempadan orang yang sembahyang seperti dinding atau sejadah atau tiang atau garisan saf atau seumpamanya.

Berkata ulamak yang muhakiq:

ุฅู† ุงู„ุชุญุฑูŠู… ูŠูƒูˆู† ุฅุฐุง ุตู„ู‰ ุงู„ุฅู†ุณุงู† ุฃู…ุงู… ุณุงุชุฑ ุงุชุฎุฐู‡ ุฃู…ุงู…ู‡. ุฃู…ุง ุฅุฐุง ู„ู… ูŠุชุฎุฐ ุณุงุชุฑุง ูู„ุง ูŠุญุฑู… ุงู„ู…ุฑูˆุฑุŒ ูˆุฅู† ูƒุงู† ุงู„ุฃูˆู„ู‰ ุชุฑูƒู‡

Maksudnya: โ€œSungguhnya diharamkan lintas itu ialah apabila orang yang sedang sembahyang itu mempunyai sutrah yang diletakkan dihadapannya. Ada pun apabila dia tidak menggunakan sutrah maka tidak haram melintasi tetapi sebaiknya tidak ia lintasinya.โ€

Wallahuaโ€™lam

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@bertabahlahati
SOAL JAWAB AGAMA

SOALAN: Orang yang memakai pakaian mahal-mahal atau cantik kerana bermegah-megah hukumnya haram dan berdosa. Soalan saya kalau sombong dengan pakaian Islam seperti jubah atau serban adakah sama juga hukumnya?

JAWAPAN: Tidak kira sama ada pakaian sunnah atau bukan hukumnya adalah dilarang kita menyombongkan diri atau kerana mencari kemasyuran.

Sesungguhnya sombong itu sangat dibenci oleh Allah sekalipun sombong dengan perkara yang berkait dengan akhirat atau agama sekalipun dia seorang raja atau pemimpin yang besar.

Diriwayatkan dari Ibnu Umar r.a. Rasulullah SAW bersabda:

ู…ูŽู†ู’ ู„ูŽุจูุณูŽ ุซูŽูˆุจูŽ ุดูู‡ู’ุฑูŽุฉู ููŠ ุงู„ุฏู†ูŠุง ุฃู„ู’ุจูŽุณูŽู‡ู ุงู„ู„ู‡ู ุซูˆุจูŽ ู…ูŽุฐูŽู„ู‘ูŽุฉู ูŠูˆู…ูŽ ุงู„ู‚ูŠุงู…ุฉ

Maksudnya: โ€œBarangsiapa memakai pakaian syuhrah (yakni pakaian kerana menuntut kemasyuran dan kesombongan) di dalam dunia maka Allah akan memakaikannya pakaian kehinaan pada hari kiamat.โ€ [Hadis Hasan Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Ibnu Majah]

Dan diriwayatkan dari Abu Zarr r.a. daripada Nabi SAW bersabda:

ู…ูŽู† ู„ูŽุจูุณูŽ ุซูŽูˆุจูŽ ุดูู‡ู’ุฑูŽุฉู ุฃุนุฑุถูŽ ุงู„ู„ู‡ู ุนู†ู‡ ุญุชู‰ ูŠูŽุถูŽุนูŽู‡ ู…ูŽุชู‰ ูˆูŽุถูŽุนูŽู‡

Maksudnya: โ€œBarangsiapa memakai pakaian syuhrah nescaya Allah akan berpaling darinya dan akan menghinanya dengan bila sahaja Allah kehendaki.โ€ [Hadis Hasan Riwayat Ibnu Majah]

Wallahuaโ€™lam

Kredit: @wnmuhdfirdaus

@bertabahlahati
Rebutlah ganjaran berlipat ganda pada 10 hari terawal Zulhijjah

๐Ÿ”–ู…ูŽุง ู…ูู†ู’ ุฃูŽูŠู‘ูŽุงู…ู ุงู„ู’ุนูŽู…ูŽู„ู ุงู„ุตู‘ูŽุงู„ูุญู ูููŠู‡ูŽุง ุฃูŽุญูŽุจู‘ู ุฅูู„ูŽู‰ ุงู„ู„ู‡ู ู…ูู†ู’ ู‡ูŽุฐูู‡ู ุงู„ุฃูŽูŠู‘ูŽุงู…ู ูŠูŽุนู’ู†ููŠ ุฃูŽูŠู‘ูŽุงู…ูŽ ุงู„ู’ุนูŽุดู’ุฑู.

Maksudnya : "Tiada hari-hari yang amalan soleh yang paling disukai oleh Allah untuk dilakukan melainkan hari-hari ini-Baginda memasukkan: 10 hari terawal Zulhijjah-."

- Riwayat al-Bukhari (969)


๐Ÿ”–Antara amalan yang kita boleh lakukan:

1. Berpuasa sunat di siang hari
2. Beribadah di malam hari (Qiamullail)
3. Perbanyakkan solat sunat
4. Berbuat baik pada ibu bapa
5. Memperbanyakkan bacaan Al-Quran
6. Bertutur tentang perkara yang baik
7. Membantu orang susah
8. Memperbanyakkan zikir


Kesimpulannya, 10 Zulhijjah mempunyai keistimewaan yang luar biasa. Semoga kita diberi kekuatan untuk memperbanyakkan amalan dan kebajikan untuk bekalan di akhirat kelak.
2024/07/01 19:08:05
Back to Top
HTML Embed Code: